CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5921|Reply: 0

[Kedah] Gembira, terkejut dapat berbakti di pedalaman Sarawak

[Copy link]
Post time 16-5-2024 01:02 PM | Show all posts |Read mode
Gembira, terkejut dapat berbakti di pedalaman Sarawak

OlehROSHILA MURNI ROSLI

16 Mei 2024 08:20am








Marissa Ayunni bergambar bersama pelajarnya di SMK Tutoh Apoh.




ALOR SETAR - Perasaan gembira dan terkejut bersilih ganti dalam diri guru muda Marissa Ayunni Halim, 28, saat pertama kali mendapat berita ditempatkan sebagai seorang pendidik di pedalaman Sarawak pada Disember lalu.

Gembira kerana akhirnya cita-cita sebagai seorang guru tercapai, terkejut kerana tidak menyangka akan ditempatkan di kawasan yang mungkin ramai guru tidak mengimpikannya.



Apatah lagi dalam kalangan rakan seperjuangan, hanya dia satu-satunya yang ditempatkan di kawasan terbabit yang turut digelar P3 (Pedalaman 3) iaitu di Baram, Sarawak.

“Memang terkejut dan tak sangka, tambahan pula saya tak pernah dengar pun nama tempat dan sekolah itu.



“Tetapi saya cuba berlapang dada dan berpegang kembali kepada niat asal saya untuk menjadi guru demi mendidik anak bangsa tak kira di mana pun saya ditempatkan,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pekan terakhir sebelum sampai ke sekolahnya iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tutoh Apoh adalah pekan Marudi.

“Untuk sampai ke sekolah saya ini, kami perlu menukar kenderaan beberapa kali termasuk perlu melalui jalan balak yang memakan masa selama tiga jam dari pekan Marudi,” ujarnya.

Jelas anak jati Alor Setar itu, dia ditempatkan di kuarters guru dalam kawasan sekolah untuk memudahkan pergerakan.




Guru Geografi dan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) itu berkata, dia selalu berdoa semoga dikuatkan semangat dan diberi kekuatan untuk mendidik pelajarnya di sekolah berkenaan.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 04:10 PM GMT+8 , Processed in 0.145356 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list