Disaat ribuan rakyat Palestin terkorban akibat serangan pendatang haram Israel yang disokong oleh negara sekutu besarnya, Amerika Syarikat, pelbagai gesaan telah digerakkan oleh badan-badan NGO diseluruh dunia untuk menghentikan serangan berterusan itu.
Memetik Murai.my, antara selebriti terkenal dunia termasuk Ariana Grande dan Dua Lipa turut menyuarakan sokongan mereka untuk gencatan senjata di Palestin dengan menandatangani surat Artists4Ceasefire kepada Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden.
Surat ini adalah inisiatif organisasi Artists4Ceasefire sebagai tindak balas terhadap krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Israel dan Palestin.
Menurut laporan The Express Tribune, antara nama besar lain yang turut menandatangani surat itu termasuk penyanyi Drake, model berketurunan Palestin Bella Hadid dan Gigi Hadid, pelakon Andrew Garfield, Ben Affleck, Bradley Cooper, Channing Tatum, Florence Pugh, Frank Ocean, Jennifer Lopez, Jeremy Allen White, Joaquin Phoenix, Macklemore, Rachel McAdams, Tom Hardy serta Zayn Malik.
Dalam surat itu, mereka menyeru agar segera diadakan gencatan senjata yang berkekalan, pemulangan tebusan dengan selamat, dan penghantaran bantuan kemanusiaan segera kepada orang awam di Gaza dan Rafah. Antara inti pati lain dalam surat tersebut adalah:
“Kami berkumpul sebagai artis dan peguam bela tetapi yang paling penting sebagai manusia yang menyaksikan kehilangan nyawa yang dahsyat dan kengerian yang berlaku di Palestin”
“Kami meminta, sebagai Presiden Amerika Syarikat dan Kongres AS, agar menyeru gencatan senjata di Gaza dan Israel sebelum satu lagi nyawa terkorban. Lebih daripada 30,000 orang telah terbunuh dalam tempoh 5 bulan yang lalu dan lebih 69,000 cedera – angka yang mana orang berhati nurani tahu ia adalah malapetaka”
“Kami percaya semua kehidupan adalah suci, tidak kira agama atau etnik dan kami mengutuk pembunuhan orang awam Palestin dan Israel”
“Separuh daripada dua juta penduduk Gaza adalah kanak-kanak, lebih daripada dua pertiga adalah pelarian dan mereka terpaksa meninggalkan rumah mereka. Bantuan kemanusiaan mesti dibenarkan sampai kepada mereka.”
Namun, beberapa selebriti seperti Kim Kardashian, Taylor Swift, dan Justin Bieber telah menghadapi kritikan kerana tidak menyokong perjuangan itu.
Ini telah membawa kepada pergerakan media sosial yang dipanggil ‘blockout2024,’ yang bertujuan untuk menyekat selebriti yang gagal menggunakan populariti mereka untuk bersuara mengenai Palestin.
Sebagai contoh, Kim Kardashian dilaporkan kehilangan lebih 50,000 pengikut dalam tempoh dua jam selepas pergerakan itu bermula.
Diharapkan selebriti yang tidak menyokong keamanan akan terus diboikot.
Sumber : Murai.my |