CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5790|Reply: 7

[Jenayah] 15 tahun selepas Noordin Mohd Top disemadikan Jemaah Islamiyah muncul kembali di Ulu Tiram

[Copy link]
Post time 18-5-2024 11:40 AM | Show all posts |Read mode
Lokasi kejadian dua anggota polis ditembak,satu anggota cedera dan seorang suspek meninggal dunia di Balai Polis Ulu Tiram, Johor. NSTP/Nur Aisyah Mazalan





KUALA LUMPUR: "Masalah keganasan itu tidak akan hilang dengan kematian seorang, orang itu tidak penting tetapi fahamannya, …apa yang ada di dalam otak dan hati itu adalah lebih berbahaya dan boleh menjadi ancaman jika dibiarkan."

Itu kata-kata bekas pemimpin kanan Jemaah Islamiyah (JI) Nasir Abbas dalam temu bual bersama BERNAMA hampir 15 tahun lalu, selepas kematian warga Malaysia Noordin Mat Top, ketua kumpulan serpihan radikal dikenali Tandzim Al-Qoidah Indonesia, yang maut dalam operasi pasukan khas antikeganasan Indonesia Detasmen Khusus

88 di Kepuhsari, Solo, Jawa Tengah pada 17 September 2009.

Nasir merupakan Ketua Mantiqi III JI yang bertanggungjawab terhadap operasi kumpulan pengganas itu di Labuan, Sabah, selatan Filipina dan Sulawesi sebelum ditangkap oleh pihak berkuasa Indonesia pada 2003 dan dipenjara selama 10 bulan.

Selepas keluar daripada penjara, warga Malaysia itu telah bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia dalam program deradikalisasi bagi membantu rakan-rakannya yang lain untuk meninggalkan fahaman militan dan ekstremisme.

Justeru adalah tidak mengejutkan apabila selepas lebih satu dekad jasad pengganas nombor satu Asia itu disemadikan di Pontian, Johor, fahamannya masih 'hidup', malah kata-kata Nasir itu seakan menjadi realiti apabila

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain hari ini memaklumkan suspek lelaki yang ditembak mati dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram di Johor awal pagi tadi, dipercayai anggota kumpulan JI.

Kenyataan beliau bahawa lebih 20 ahli JI dikenal pasti berada di Johor pada ketika ini juga seolah-olah mengimbau kembali peristiwa bagaimana negeri di selatan tanah air itu pernah menjadi 'medan usrah' ahli kumpulan pengganas berkenaan di Madrasah Luqmanul Hakim di Ulu Tiram sekitar tahun 1996 dan 1997.

"Bapa suspek (insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram) adalah ahli Jemaah Islamiyah di Ulu Tiram dan kediaman suspek juga mempunyai beberapa maklumat berkaitan JI," kata Razarudin pada sidang medianya pagi tadi.

Madrasah itu difahamkan menjadi lokasi berkumpul Nasir dan Noordin bersama sahabatnya pakar bom Dr Azahari Hussin, selain pengasas bersama kumpulan Jemaah Islamiyah dari Indonesia Abu Bakar Bashir dan Abdullah Sungkar.

Ketika di "zaman kemuncaknya", madrasah itu menjadi tempat tersemainya fahaman militan dan ekstremisme sebelum ia ditutup oleh pihak berkuasa.

Ulu Tiram terletak kira-kira 19 kilometer daripada bandar Johor Bahru, di dalam Parlimen Tebrau di bawah seliaan Majlis Bandaraya Johor Bahru dengan penduduk seramai 14,717 orang .

Mengulas mengenai insiden serangan hari ini, Geostrategis dan Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara, Dr Azmi Hassan, berkata terdapat kemungkinan serangan di balai polis sehingga mengakibatkan dua anggota polis maut itu didalangi generasi baharu JI dalam negara.

"Boleh saya katakan ia bukan dilakukan oleh anggota asal JI, namun mungkin masih ada saki-baki anggota pengganas lama dan penceramah daripada luar yang mendorong mereka (generasi baharu) melakukan serangan itu.

"Simboliknya serangan ke atas balai polis itu kerana secara tradisinya polis ialah simbol kekuatan dan kedaulatan kerajaan dan paling tidak pun mereka mahu tawan balai itu seterusnya mendapatkan bekalan senjata," katanya kepada Bernama.

Azmi yang juga Felo Majlis Profesor Negara berkata modus operandi itu menyerupai gerak kerja pengganas militan Al-Ma'unah kira-kira dua dekad dahulu yang menyerang kem tentera untuk mendapatkan bekalan senjata.

Sementara itu, Penganalisis Keselamatan Nasional, Datuk Dr Ruhanie Ahmad berharap tragedi yang berlaku di Balai Polis Ulu Tiram itu disiasat terperinci bagi mengenal pasti sekiranya ada mana-mana organisasi pengganas baik di peringkat serantau mahupun sejagat terlibat.

Beliau berkata, ia penting agar tidak ada mana-mana pihak bermain persepsi susulan kejadian itu, kononnya Malaysia adalah sarang kepada pertubuhan keganasan di Asia Tenggara.

"Kita perlu waspada akan wujudnya pelbagai elemen kuasa besar dunia yang sentiasa mahu memainkan isu terorisme untuk membolehkan mereka masuk campur dalam urusan keselamatan nasional di sesebuah negara yang strategik kepada kepentingan geopolitik mereka di Asia Tenggara, seperti Malaysia," katanya.

Ruhanie pada masa sama menzahirkan keyakinan kepada kredibiliti pasukan keselamatan negara untuk menangani kes berkenaan.

Dua anggota polis masing-masing berumur 22 tahun dan seorang suspek berumur 21 tahun maut dalam kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram pada pukul 2.45 pagi tadi, manakala seorang lagi anggota pasukan keselamatan tercedera. – BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2024 12:28 PM | Show all posts
kat tiktokk bersepah2 pemuja
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
J.I ni serpihan ideology Al Qaeda. If you cannot carry out an attack in America, serang la di negara masing2, kalau tak dapat serang US Embassy serang la balai polis, mana mana Gov yang bagi sokongan pada America. J.I is anti Gov. Polis dan tentera bawah Gov. Dibolehkan serang polis walaupun polis tu sesama muslim dan sesama bangsa pun.

Itu lah fahaman extremism. Fahaman terrorist.

Berlainan dengan hemes. Jangan samakan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Zalim nya berbunuhan sesama islam
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 03:11 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 18-5-2024 03:16 PM

Untok pengikut setia Noordin M top dan juga member ISIS JI yang mungkin hingga kini masih terus disokong secara silent oleh sebagian umah melayu islam Malaysia ...   

Maka harus Ingat hal penting ini ....Jika kau ingin bangkit dan berjuang menegakkan agama islam yang sesuai dengan ideologi ISIS JI yang kau anut  ... maka lakukanlah activity  itu di kampong atau di negara anda sendiri .... Jangan cuba-cuba expor ideologi ISIS JI kau ke negara lainnya .... Hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 07:13 PM | Show all posts
Masih nak salahkan ummah kafir bila fobia dengan Islam? Penat je pemimpin isle bagi ceramah satu dunia against islamophobia sedang di negara sendiri polis pun kena tetak. Ingat dunia tu bodoh kot.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2024 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts

Agama sepatutnya membawa keamanan atas mukabumi ni. Tapi kenapa la manusia masing² nak sgt jadi yang paling beragama smpai extreme sanggup bunuh membunuh. Nak sangat syurga sampai jadi gila tak waras.. xboleh pikir mana baik mana buruk.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa dosa atau kesalahan anggota polis tu terhdp ko smp ko bunuh mereka...dlm Islam pun Allah SWT melarang berbunuhan tanpa alasan dan hak yg benar...agama mengajar perkara2 yg baik tp org2 radikal yg otak sempit yg terpaling rs diri betul org lain slh ni la yg selalu
mendtgkan fitnah kpd agama...hrp Allah SWT balas perbuatan zalim mereka2 ini dgn azab yg keras....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 210609 Replies : 589
Anda Fobia dengan.....
fahdramliAnda Fobia dengan.....
Views : 30173 Replies : 183
Perihal buah kayangan, any experiences??
fahdramliPerihal buah kayangan, any experiences??
Views : 27927 Replies : 144
Sejauh mana GIGIHNYA  korang
fahdramliSejauh mana GIGIHNYA korang
Views : 71117 Replies : 386
Lepas ni I-Bunga kah?
JohnyEnglishLepas ni I-Bunga kah?
Views : 5344 Replies : 18
Please stop body shaming
multinickyPlease stop body shaming
Views : 8845 Replies : 50
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 195182 Replies : 4526
SILA IKUT ARAHAN...
ieja_p2_bumbumSILA IKUT ARAHAN...
Views : 13336 Replies : 48
CARA DAPATKAN COINS SHOPEE
LaracropCARA DAPATKAN COINS SHOPEE
Views : 9769 Replies : 57
Apa nak buat kalau kucing curi nasi lemak kita? Mark Adam retweeted lawak
kwangsoo_ladyApa nak buat kalau kucing curi nasi lema
Views : 21405 Replies : 68

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 03:54 PM GMT+8 , Processed in 0.069953 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list