CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7592|Reply: 2

[Jenayah] Faisal Halim tunjuk tanda kesembuhan positif - Adam Adli

[Copy link]
Post time 19-5-2024 10:27 AM | Show all posts |Read mode
Faisal Halim yang disimbah asid pada 5 Mei lalu (gambar kiri) masih belum pulih sepenuhnya. - NSTP/FOTO FAIL





KOTA BHARU: Pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC, Mohamad Faisal Abdul Halim menunjukkan tanda-tanda kesembuhan yang positif.

Perkembangan itu dimaklumkan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli berdasarkan maklumat daripada pengurus pemain lebih dikenal sebagai Faisal Halim, 26, itu.

"Setakat ini lawatan sangat terhad kepada pihak pengurusan beliau dan keluarga, tapi kita berhubung dengan pengurus beliau yang memaklumkan perkembangan positif dari semasa ke semasa," katanya selepas majlis Perasmian Hari Belia Negara 2024 peringkat Kelantan, di sini hari ini.

Beliau juga memaklumkan, tonggak Harimau Malaya yang disimbah asid pada 5 Mei lalu itu masih belum pulih sepenuhnya dan memohon agar ruang untuk kesembuhan diberikan kepada pemain berkenaan.

"Siasatan juga masih dijalankan oleh pihak berkuasa dan semua pihak perlu bersabar menunggu hasil siasatan itu. Kita beri ruang kepada beliau untuk kesembuhan, masih terlalu awal untuk kita takrifkan sebagai pulih sepenuhnya.

"Dari segi siasatan pula kita serahkan kepada pihak berkuasa dan saya pasti mereka akan buat kenyataan dalam masa terdekat," katanya.

Beliau memberi jaminan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memastikan rawatan terbaik diberikan kepada Faisal dan atlet kayak kebangsaan, Siti Nurul Masyitah Elias yang kini sedang menjalani proses penyembuhan.

Katanya, proses pemulihan kedua-dua atlet itu turut membabitkan rakan strategik, Institut Sukan Negara (ISN) yang menawarkan rawatan pemulihan serta fisiologi.

"Setiap agensi berkaitan contohnya ISN serta rakan strategik lain sama-sama bantu pemulihan, malah Faisal juga kita sudah tawarkan rawatan rehabilitasi dan fisiologi di ISN.

"KBS memang sangat mengambil berat keselamatan atlet dan kita sedaya upaya menawarkan prasarana terbaik dalam proses penyembuhan mereka," katanya

Pada 5 Mei, Faisal mengalami kecederaan melecur tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya, yang membataskan pergerakan dan percakapannya.

Pemenang anugerah gol terbaik Piala Asia 2023 di Qatar pada Januari lalu itu, dijangka tidak dapat beraksi lima atau enam bulan, sekali gus terlepas dua perlawanan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan dan Taiwan, bulan depan.

Insiden menimpa Faisal adalah kejadian malang kedua membabitkan pemain bola sepak negara selepas pemain pinjaman Terengganu FC, Muhammad Akhyar Abdul Rashid cedera kepala dan kaki diserang dua penyamun di kawasan kediamannya di Kuala Terengganu, 2 Mei lalu.

Selepas itu, cermin kereta pemain kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim pula dipecahkan oleh dua lelaki menaiki motosikal dengan menggunakan tukul besi di Johor Bahru pada 7 Mei.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2024 10:04 AM | Show all posts
alhandulillahhhh....tergamak nya manusia sekarang...korang nak apa??
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2024 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by stingergrumpy at 22-5-2024 08:48 PM
manop replied at 22-5-2024 10:04 AM
alhandulillahhhh....tergamak nya manusia sekarang...korang nak apa??


Lihat saja ler aksi diparlimen kita...kata anak jiran aku yg 3 tahun...

We can never imagine how kebobrokhen peradaban, disregarding of fellow humans is so natural sehingga seolah dijadikhen budaya dikalangan kepimpinan...sehingga kita tidak dapat melihat bagaimana budaya ketidakmadunan ini memberi implikasi buruk yg besar pada rakyat dibawahan....sehingga terikut ikut ketahap yg tidak terbayang akal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 01:06 AM GMT+8 , Processed in 0.053351 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list