|
NAZMI Faiz harap terpilih barisi skuad kebangsaan. -FOTO Ihsan Johor Southern Tigers.
Johor Bahru: Pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Nazmi Faiz Mansor sedia berbakti sekiranya di panggil ke latihan skuad kebangsaan.
Kali terakhir Nazmi Faiz di panggil pada musim 2022 dan ia sememangnya itu yang diidamkan pemain licik skuad Harimau Selatan yang berharap pengendali skuad kebangsaan Kim Pan Gon memanggilnya untuk berdepan Kyrgyzstan dalam perlawanan Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, 6 Jun ini.
"Bagi saya, jika diberi peluang beraksi, saya akan kekalkan momentum dan saya masih berminat serta bersedia untuk kembali menyarung jersi kebangsaan namun semuanya terpulang kepada jurulatih kebangsaan," jelasnya.
Apapun, semuanya bergantung kepada perancangan Pan Gon untuk menyesuaikan tatkikal permainan ketika beliau tampak dalam delima selepas kehilangan Faisal Halim dan kemungkinan Arif Aiman Hanapi yang mengalami kecederaan.
Mengulas mengenai penampilan pertama dalam kesebelasan utama dalam aksi menentang Negeri Sembilan FC (NSFC) yang menyaksikan JDT menang 3-1, Nazmi Faiz mengakui dirinya agak gementar apabila turun beraksi dalam perlawanan pertama Liga Super.
"Tapi Alhamdulillah selepas beraksi dalam tempoh 10 minit, saya mula dapat menyesuaikan diri dan momentum dan berpuas hati dengan apa yang disumbangkan dalam perlawanan itu malah rakan sepasukan juga kerap membantu.
"Saya selesa bermain bersama Juan Muniz dan Heberty Fernandes kerana mereka mempunyai kualiti yang baik dan kami faham permainan antara sama lain dan saya juga cuba perbaiki keserasian dengan Jalil Elias," katanya ketika ditemui selepas perlawanan.
Nazmi mengakui latihan pramusim di Sepanyol amat berbeza tatkala beraksi dalam kancah liga kerana corak permainan ketika menentang kelab di sana jelas tempo mereka laju manakala momentum di sini agak perlahanan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... rtai-harimau-malaya |
|