CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9176|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Kes Covid-19 meningkat 14.8 peratus

[Copy link]
Post time 19-5-2024 04:06 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN.

Putrajaya: Jumlah kes Covid-19 meningkat 14.8 peratus kepada 1,230 kes pada Minggu Epidemiologi ke-20 (ME 20/2024) iaitu bagi tempoh 12 Mei hingga 18 Mei 2024, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

Dalam satu kenyataan hari ini, KKM memaklumkan tiada kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan sejak 25 April 2024 sehingga kini.

Menurut KKM, jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke fasiliti kesihatan pada ME 20/2024 berbanding ME 19/2024 iaitu pengisian katil bukan kritikal, meningkat sedikit tetapi tidak membebankan kapasiti hospital iaitu daripada 0.08 peratus kepada 0.10 peratus, manakala pengisian katil unit rawatan rapi (ICU) menurun daripada 0.17 peratus kepada 0.04 peratus.

"KKM sentiasa memantau situasi Covid-19 di Malaysia dan di peringkat global. Susulan kejadian gelombang terbaru di Singapura iaitu peningkatan dua kali ganda kes Covid-19 pada minggu bertarikh 5 Mei hingga 11 Mei 2024 berbanding minggu sebelumnya, KKM telah meningkatkan langkah kesiapsiagaan bagi menghadapi kemungkinan peningkatan kes di Malaysia," katanya.


KKM memaklumkan sehingga kini, varian yang sedang menular di Malaysia masih lagi varian Omicron dan subvariannya.

Kementerian itu memaklumkan terdapat satu kes K.P.2.1 dan satu kes KP.1.1 telah dilaporkan sejak Mac 2024, dengan kedua-dua varian itu adalah sebahagian daripada keluarga Omicron.

"Secara khususnya, mereka adalah sublineage daripada JN.1.11.1. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyenaraikan KP.2 sebagai Varian Dalam Pemantauan (VUM) pada 3 Mei 2024.

"Namun, kemasukan varian ini tidak menyebabkan jangkitan yang teruk kepada individu yang dijangkiti," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ningkat-148-peratus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30316 Replies : 176
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 195664 Replies : 4529
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik... UPDATE #45: latar belakang syarikat2 bermasalah siap ada tindakan tatatertib
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 5408 Replies : 54
Lepas ni I-Bunga kah?
JohnyEnglishLepas ni I-Bunga kah?
Views : 5377 Replies : 20
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30524 Replies : 163
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92711 Replies : 165
IDEA -   Alam Melayu vs  Indonesia Raya
nusarayaIDEA - Alam Melayu vs Indonesia Raya
Views : 4465 Replies : 1
Anda Fobia dengan.....
fahdramliAnda Fobia dengan.....
Views : 30198 Replies : 185
[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN HAGWON - Wi Ha Joon, Jung Ryeo Won
Rahah[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN H
Views : 10307 Replies : 60
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56191 Replies : 148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.052602 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list