CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4967|Reply: 0

[Johor] 2 anggota polis Ulu Tiram yang terkorban, syahid akhirat

[Copy link]
Post time 20-5-2024 04:31 PM | Show all posts |Read mode

Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said.

Johor Bahru: Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor memutuskan kematian dua anggota polis dalam serangan berdarah Balai Polis Ulu Tiram, Jumaat lalu sebagai syahid akhirat.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid berkata, keputusan itu hasil Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa yang bersidang Jumaat lalu, dipengerusikan Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad.

Mohd Fared berkata, mesyuarat itu bagi membincangkan status kematian anggota polis dan cara pengebumian suspek yang mati ditembak dalam serangan Balai Polis Ulu Tiram, awal pagi Jumaat lalu.

Menurutnya, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor mengklasifikasikan kematian anggota polis sebagai kematian Fi Sabilillah, iaitu kematian di jalan Allah SWT.


Ia berikutan kematian dua anggota polis berkenaan bagi menjaga dan mempertahankan keselamatan serta kepentingan negara.

"Jawatankuasa Fatwa memutuskan bahawa jenazah Allahyarham kedua anggota polis yang terkorban dalam serangan Balai Polis Ulu Tiram sebagai syahid akhirat,

"Jawatankuasa Fatwa juga memutuskan bahawa pengurusan jenazah Allahyarham kedua-dua anggota polis berkenaan perlu disempurnakan dengan melengkapkan empat rukun tahjiz jenazah iaitu dimandikan, dikafankan, disolatkan dan dikebumikan.

"Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor menzahirkan rasa dukacita dan sedih di atas peristiwa yang menimpa anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga menyebabkan kehilangan nyawa dan kecederaan.

"Ahli Jawatankuasa Fatwa juga mendoakan roh kedua-dua anggota ini dicucuri rahmat, kasih sayang dan keredaan Allah serta mendoakan PDRM Johor khasnya terus bersemangat dan diberikan kekuatan untuk menjalankan tugas dalam menjaga keselamatan dari pelbagai ancamandan kedaulatan negara teguh terpelihara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Awal pagi Jumaat lalu, Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, terkorban dalam serangan berdarah itu.

Allahyarham Ahmad Azza Fahmi meninggal dunia akibat ditetak di belakang leher dan kepala, manakala Muhamad Syafiq maut akibat ditembak di pipi sehingga menembusi kepala.

Allahyarham Azza Fahmi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh, Bidor di Perak pada 7.20 malam Sabtu lalu, manakala Allahyarham Muhamad Syafiq pula dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam 8, Jalan Gambang, Kuantan di Pahang pada 5.50 petang hari yang sama.

Allahyarham berdua adalah anggota ronda cegah jenayah di balai polis berkenaan yang baharu berkhidmat bersama PDRM kira-kira dua tahun.

Seorang lagi anggota, Koperal Mohd Hasif Roslan yang parah kini stabil dan masih dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rban-syahid-akhirat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-6-2024 09:55 PM GMT+8 , Processed in 0.056454 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list