View: 3928|Reply: 0
|
Perang psikologi Thailand tak gugat pemain negara
[Copy link]
|
|
Aksi Syahir ketika menentang pasukan Brunei di Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa. -FOTO Bernama
Kuala Lumpur: Perang psikologi antara Malaysia dan Thailand semakin hangat apabila kedua-dua pasukan saling berbalas kenyataan untuk buktikan mereka yang terbaik di Piala Dunia Sepak Takraw 2024.
Tekong utama regu berpasukan negara, Mohammad Syahir Rosdi berkata, mereka menyedari kekuatan Thailand namun itu bukan sebab untuk pemain Malaysia berputih mata di hadapan penyokong sendiri.
Jelasnya, apa yang dikatakan oleh jurulatih skuad Gajah Putih, Suphaloek Kimthong, tidak memberi kesan kepada dirinya dan akan memberikan yang terbaik apabila di dalam gelanggang nanti.
"Memang kami bermain seperti jumpa mereka (Thailand) dalam setiap perlawanan dan Insya-Allah kami akan memberi sesuatu kejayaan buat pasukan dan penonton Malaysia.
"Bagi kami, kami setanding dengan negara-negara lain. Thailand terlalu kuat untuk dikalahkan. Tapi kami tidak akan memberikan kemenangan mudah untuk Thailand apatah lagi kita bermain di hadapan penyokong sendiri," katanya.
Katanya, faktor penyokong membanjiri Stadium Titiwangsa juga menambah tonik kepada rakan sepasukan untuk beraksi lebih cemerlang selepas kali terakhir merasainya pada tahun 2017 ketika Malaysia menjadi tuan rumah untuk Sukan Sea Kuala Lumpur.
Terdahulu, Suphaloek sebelum ini memuji Syahir Rosdi dan beranggapan dia pemain terbaik di dalam gelanggang selain pemain kelahiran Pulau Pinang itu suka bermain psikologi ketika dalam permainan.
Untuk acara regu berpasukan yang membuka tirai esok, Malaysia diundi berada dalam Kumpulan C bersama Jepun dan Brunei sementara Thailand pula Kumpulan B bersama India dan China.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... gugat-pemain-negara |
|
|
|
|
|
|
| |
|