CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2226|Reply: 0

[Sabah] Lelaki ditahan tembak pekerja pembersihan guna senjata tiruan

[Copy link]
Post time 22-5-2024 08:19 PM | Show all posts |Read mode


CEDERA: Keadaan kecederaan mangsa selepas ditembak oleh suspek di sebuah taman perumahan di Luyang, Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai menembak pekerja pembersihan menggunakan senapang tiruan sehingga menyebabkan kecederaan di sebuah taman perumahan di Luyang, di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, lelaki terbabit dikatakan menembak mangsa berumur 23 tahun yang sedang berehat bersama rakan di luar perkarangan rumah.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa bersama dua rakannya sedang berehat selepas menjalankan kerja momotong rumput.

Katanya, mangsa tiba-tiba mendakwa berasa sakit di bahagian lengan kanan dan berlaku pendarahan.

"Mangsa mendakwa tidak mendengar sebarang bunyi tembakan memandangkan semasa kejadian bunyi persekitaran bising dengan mesin rumput.

"Akibat kejadian berkenaan, mangsa mengalami kecederaan luka di lengan dan badan," katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya, polis sudah menahan seorang lelaki dan merampas beberapa senjata tiruan termasuk tiga bilah kerambit buatan sendiri di bilik suspek.

Katanya, suspek berumur 22 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

"Kes turut disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.077107 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list