CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2607|Reply: 0

[Sarawak] Galak penduduk sertai pasukan bomba sukarela

[Copy link]
Post time 22-5-2024 08:38 PM | Show all posts |Read mode
Ketua masyarakat diseru galak penyertaan penduduk bagi bantu tangani kes kebakaran atau kecemasan



Lee memotong reben sebagai simbolik merasmikan sudut ‘Go Green’ di Balai Bomba & Penyelamat Lutong semalam sambil disaksikan Henry (kanan), Ismail (kiri) serta yang lain.

MIRI: Ketua-ketua masyarakat diseru agar menggalakkan penduduk di kawasan mereka menyertai pasukan bomba sukarela dalam usaha membantu menangani kes kebakaran atau kecemasan di kawasan masing-masing.

Seruan terbabit dinyatakan oleh Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri dan Pra-Gawai Dayak Peringkat Bomba dan Penyelamat Lutong Tahun 2024 di Balai Bomba dan Penyelamat Lutong, semalam.

Katanya, pasukan bomba sukarela berkenaan akan memberi tindakan awal apabila berlaku sesuatu kecemasan seperti kebakaran.

“Malah, anda (ketua masyarakat) juga boleh memohon kepada Balai Bomba dan Penyelamat untuk mengadakan kursus atau latihan kepada penduduk yang berminat menyertai pasukan sukarela terbabit.

“Latihan yang diberikan itu boleh digunakan sebagai tindakan awal untuk membantu sekiranya berlaku kecemasan seperti kebakaran sementara menunggu ketibaan pasukan bomba,” ujarnya.

Hadir sama ialah Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lutong Henry Jugah, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Miri Ismaidi Ismail dan ketua-ketua masyarakat.

Terdahulu, Henry dalam ucapan aluannya berkata, majlis berkenaan diadakan untuk mengeratkan silaturahim antara pegawai bomba dan masyarakat setempat.

“Balai ini telah beroperasi selama 11 bulan dan majlis sebegini diadakan untuk kita saling merapatkan hubungan antara satu sama lain di antara pegawai bomba, bomba bantuan bersama ahli keluarga masing-masing dan masyarakat setempat yang dijemput sama.

“Ini juga peluang kita untuk saling mengenali di samping berkongsi pandangan atau pendapat yang berkaitan bagi meningkatkan keselamatan di sini,” katanya.

Dalam pada itu, Henry turut memohon sebuah bot untuk memudahkan dan kelancaran operasi yang akan mereka laksanakan.

“Besarlah harapan kami agar diberikan kemudahan berkenaan demi kegunaan kami untuk menjalankan operasi,” jelasnya.

Tambah Henry, sehingga kini 18 kakitangan iaitu tujuh pegawai bomba dan 11 bomba bantuan berkhidmat di Balai Bomba dan Penyelamat Lutong.

Majlis berkenaan turut menyaksikan Lee menyempurnakan sudut ‘Go Green’ dalam usaha menggalakkan anggota bomba terbabit mengamalkan amalan kitar semula.











Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 12:21 AM GMT+8 , Processed in 0.111766 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list