CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7158|Reply: 0

Wenger perkenal peraturan baharu ofsaid

[Copy link]
Post time 23-5-2024 04:42 PM | Show all posts |Read mode

Ketua pembangunan bola sepak global FIFA, Arsene Wenger sedia memperkenalkan peraturan ofsaid baharu yang mengurangkan pertikaian. – Foto AGENSI

LONDON: Arsene Wenger dilaporkan sedia meneruskan cadangan untuk mengubah peraturan ofsaid secara drastik selepas keputusan ujian percubaan yang positif.

Bekas bos Arsenal itu, yang kini bertugas sebagai ketua pembangunan bola sepak global FIFA, mula membincangkan ideanya untuk memperkenalkan prinsip ofsaid yang lebih berkesan pada 2020.

Ini bermakna pemain berada dalam kedudukan onsaid jika mana-mana bahagian badan mereka yang boleh menjaringkan gol berada di belakang atau sama dengan pemain pertahanan lawan.

Cadangan itu disokong Presiden FIFA, Gianni Infantino yang berkata beliau "pastinya menyokong usaha membincangkan cara baharu mengenai peraturan ofsaid."


Ia menjurus kepada ujian percubaan di Sweden, Itali dan Belanda, yang mana menurut The Times, meyakinkan personaliti berusia 74 tahun itu untuk menyarankan perubahan itu kepada badan penggubal undang-undang sukan itu, Lembaga Persatuan Bolasepak Antarabangsa (IFAB).

Usaha Wenger mendapat sokongan bekas naib pengerusi The Gunners dan FA Inggeris, David Dein, yang memberitahu peraturan semasa "terlalu dipersoalkan dan bermasalah."

Wenger dilaporkan berminat untuk menerima pakai undang-undang baharu itu secepat mungkin tetapi ia berkemungkinan menghadapi tekanan untuk diuji di peringkat lebih senior. – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... turan-baharu-ofsaid
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.460978 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list