CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6395|Reply: 0

[Johor] Kereta buruk jadi stor simpan dadah

[Copy link]
Post time 23-5-2024 05:32 PM | Show all posts |Read mode

M Kumar menunjukkan barang rampasan berkaitan sindiket pengedaran dadah yang menjadikan kereta sebagai stor penyimpanan pada sidang media di IPK Johor. FOTO NUR AISYAH MAZALAN

Johor Bahru: Taktik menggunakan kereta buruk yang dijadikan stor bagi menyimpan lebih 13 kilogram (kg) dadah termasuk heroin, terbongkar dengan penahanan dua suspek, dalam operasi khas anti dadah lima hari berakhir Ahad lalu.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, berkata operasi khas itu diadakan di sekitar bandaraya ini bagi mengekang kes pengedaran dadah di beberapa kawasan tumpuan.

Katanya, dalam serbuan itu dua lelaki tempatan berusia 35 dan 36 tahun yang juga pengedar dadah ditahan.

Beliau berkata, kedua-dua suspek menggunakan modus operandi dengan menjadikan kereta buruk sebagai stor menyimpan dadah sebelum ia dijual kepada pelanggan tetap.


"Taktik ini bagi mengaburi pihak berkuasa. Ia terbongkar selepas seorang daripada suspek ditahan sebelum membawa kepada penahanan seorang lagi pengedar.

"Kedua-dua suspek menyimpan bekalan dadah dalam kereta yang sebuah daripadanya diletakkan di kawasan perumahan manakala sebuah lagi di belakang premis di Taman Mount Austin.

"Hasil pemeriksaan ke atas kedua-dua kereta menemui sebanyak 13.8 kilogram (kg) dadah membabitkan 10.74 kg heroin; 80 gram syabu; 875 gram ganja dan 6,100 biji pil Eramin 5 yang kesemuanya bernilai RM331,339," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.

Kumar berkata, jumlah dadah yang dirampas itu boleh dijual dan digunakan seramai 61,080 penagih di negeri ini.

Katanya, sindiket dadah dari kereta itu dipercayai sudah beroperasi sejak Mac lalu.

"Selain dadah, polis turut merampas dua kereta bernilai RM75,000; dua motosikal (RM11,000); wang tunai termasuk mata wang Singapura (RM5,020) dan seutas rantai emas (RM3,330).

"Kedua-dua suspek direman sejak 17 Mei lalu sehingga hari ini dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1953, yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan," katanya.

Dalam pada itu, Kumar memaklumkan sebanyak 2.1 tan dadah berjumlah RM18.79 juta berjaya dirampas dalam operasi anti dadah di negeri ini antara 1 Januari sehingga Isnin lalu.

"Seramai 10,006 pesalah berkaitan dadah juga telah ditahan dalam tempoh sama dengan harta sindiket dadah yang dirampas membabitkan nilai RM6.34 juta," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-stor-simpan-dadah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-6-2024 09:33 PM GMT+8 , Processed in 0.057446 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list