CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5392|Reply: 0

[Perak] 'Khutbah Jumaat gesa henti amalan boikot, pulau perniagaan raih perhatian ramai'

[Copy link]
Post time 25-5-2024 12:19 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan - Masjid Diraja Ubudiah, Perak

IPOH: Khutbah yang dibacakan oleh masjid dan surau diri jumaat (SDJ) seluruh Perak semalam, sohor kini (trending) di media sosial, susulan isu diutarakan berkaitan amalan boikot atau memulaukan perniagaan tertentu yang dianggap bertentangan prinsip keadilan.

Khutbah bertajuk "Menghayati Keadilan Sejagat Dalam Kehidupan Bernegara" yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) itu membawa mesej bahawa tindakan boikot oleh sebilangan umat Islam dan rakyat terhadap jenama tertentu ketika ini harus dihentikan, sehingga ia menjadi perbincangan ramai di internet.

Khutbah berkenaan turut memetik pandangan Mufti Perak, Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh, yang pernah menyuarakan pandangan isu boikot agar ia dihentikan dengan hujah bahawa perbuatan boikot sebegitu berlawanan dengan keadilan Islam.

Teks khutbah itu turut memuatkan kisah yang juga pernah dinukilkan Wan Zahidi berkaitan isu boikot sebelum ini iaitu kisah Thumamah bin Uthal iaitu sahabat Rasulullah pada asalnya adalah Ketua Qabilah Yamamnah yang ditawan tentera diutus Rasulullah SAW dan dibawa ke Madinah.


"Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak, menyuarakan pandangan isu memboikot atau memulau perniagaan tertentu harus dihentikan dengan hujah bahawa perbuatan itu berlawanan dengan keadilan Islam. Beliau berpandangan, boikot yang dilakukan ketika ini, tidak menepati sunnah baginda (Rasulullah) SAW.

"Dan (ia) boleh menjerumuskan kepada berlakunya kezaliman. Lebih parah apabila isu ini disensasikan tanpa landasan ilmu dan tanpa hujah yang benar, hingga menyemarakkan sentimen atau perasaan benci dan marah," kata petikan teks khutbah berkenaan.

Khutbah itu juga menambah dengan memetik pandangan dari Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) bahawa isu boikot harus dilihat berdasarkan neraca keadilan dan juga melihat kepada aspek maslahah (kebaikan) dan mafsadah (keburukan) secara mendalam.

"Adakah tindakan yang dilakukan itu adil dan benar, dan adakah tindakan memboikot itu mendatangkan kebaikan atau sebenarnya mengundang lebih banyak mudarat.

"Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyeru semua pihak agar mengambil berat kenyataan Mufti Negeri Perak, supaya isu ini tidak menjadi semakin keruh hingga merugikan semua pihak," kata khutbah berkenaan.

Khutbah terbabit menambah, hakikat yang wajib difahami adalah umat Islam dan bukan Islam di negara ini saling memerlukan dan justeru sebarang ketidakadilan dan keburukan yang menimpa satu pihak, akan memberi kesan kepada pihak yang satu lagi.

"Justeru, penting disemaikan semangat saling hormat menghormati dan amalan saling bantu membantu sesama kita, kerana dakwah Islamiah memerlukan suasana tenang dan damai, serta hubungan harmoni antara kaum yang menganut pelbagai agama," katanya

Khutbah sama turut memetik pandangan yang disandarkan kepada beberapa penganalisis ekonomi yang berpendapat pendekatan boikot bersifat reaktif, berasaskan emosi dan tidak menyelesaikan masalah sebenar dengan ia hanya akan menyebabkan perniagaan yang disasarkan mengalami penurunan jualan, keuntungan, malah rugi.

Sebagai akibatnya, menurut khutbah berkenaan adalah gaji pekerja terpaksa dikurangkan dan lebih malang apabila urus niaga terpaksa ditutup, pekerja hilang pekerjaan malah dilaporkan ramai pekerja dan majoritinya adalah pekerja beragama Islam yang terjejas susulan tindakan boikot.

"Langkah memboikot premis jualan dan jenama tertentu boleh memberikan kesan buruk kepada ekonomi negara, kerana syarikat-syarikat yang terbabit adalah di antara pembayar zakat dan cukai di Malaysia.

"Dikhuatiri, boikot yang berasaskan emosi, tanpa perancangan rapi, berkemungkinan turut meruntuhkan ekonomi orang Islam sendiri yang terbabit dalam rangkaian pembekalan, pengedaran, pemasaran, pengurusan, urus niaga dan pekerjaan.

"Malah, usaha negara untuk menarik pelabur, dan kedudukan negara sebagai negara perdagangan dan destinasi pelaburan turut terjejas. Berkurangnya pelaburan, bermakna berkurang juga urus niaga.

"Malah, usaha negara untuk menarik pelabur, dan kedudukan negara sebagai negara perdagangan dan destinasi pelaburan turut terjejas. Berkurangnya pelaburan, bermakna berkurang juga urus niaga, dan berkurang jugalah peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia," menurut teks khutbah itu.
https://www.bharian.com.my/berit ... lau-perniagaan-raih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73582 Replies : 318
Orang tamak selalu rugi:Nenek Di Shah Alam Rugi Lebih RM4 Juta Akibat Skim Pelaburan Palsu Di Facebook
YgBenarOrang tamak selalu rugi:Nenek Di Shah Al
Views : 9003 Replies : 15
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 4675 Replies : 1
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 198215 Replies : 4627
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 6947 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74422 Replies : 2988
UK dilanda cuaca panas melampau 26 darjah celcius
YgBenarUK dilanda cuaca panas melampau 26 darja
Views : 6467 Replies : 8
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30249 Replies : 221
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 104194 Replies : 2890
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56329 Replies : 149

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 11:48 AM GMT+8 , Processed in 0.048713 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list