View: 5411|Reply: 0
|
Azlan tekad tebus kekalahan
[Copy link]
|
|
AZLAN (kanan) sedia balas dendam ke atas Thailand jika diberi peluang. FOTO Bernama
Kuala Lumpur: Apit kanan negara, Mohamad Azlan Alias bersedia untuk membalas dendam sekali gus menebus kehampaan tumpas ke atas Thailand selepas mereka kalah dalam saingan berpasukan Piala Dunia semalam.
Menurut Azlan, dia bersama rakan sepasukan sudah pun mempamerkan prestasi terbaik di laman sendiri tetapi jika diberikan peluang sekali lagi oleh jurulatih, Ahmad Jais Baharun terutama di Piala Raja Thai di Bangkok pada September ini ia adalah peluang terbaik melunaskan dendam.
"Senarai nama tidak keluar lagi. Kami baharu sahaja selesai menyertai Piala Dunia dan mungkin selepas ini akan dapat tahu senarai baharu. Sekiranya nama saya naik, sudah tentu saya akan buat terbaik," katanya yang diturunkan sebagai regu pertama pada aksi final berpasukan semalam bersama Farhan Adam dan Mohammad Syahir Mohd Rosdi.
Thailand berada dalam kelas tersendiri apabila menewaskan Malaysia dalam acara berpasukan di Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa dengan keputusan 2-1 sekali gus menjadikan kemarau kemenangan 33 tahun terus berlarutan.
Trio berkenaan bangkit daripada kekalahan 9-15 di set pertama sebelum bangkit mencipta kemenangan 15-11 di set kedua sebelum menewaskan Thailand 15-13 di set penentuan untuk membolehkan Malaysia mendahului dengan keputusan 1-0.
"Kalau ikutkan saya, sasaran sampai. Sasaran Malaysia memang (ke final) sehingga acara berpasukan. Nak kekalkan kemenangan (dalam acara double dan regu) bukan senang tetapi kami sudah melakukan yang terbaik dan kami dapat nombor dua pun sudah bersyukur.
"Kalau bagi saya, kami berpuashati dengan permainan. Sudah memberikan 100 peratus tetapi apakan daya rezeki tak memihak kepada Malaysia," katanya.
Pada edisi kali ini, Malaysia meraih dua gelaran iaitu dalam acara double dan regu dengan kedua-duanya menewaskan Thailand di pentas final namun impian untuk membenamkan ego Thailand dalam acara berpasukan terus tidak kesampaian.
Regu kedua dibarisi Amirul Zazwan Amir, Muhammad Haziq Hairul Nizam dan Muhammad Noraizat Mohd Nordin begitupun tidak berjaya menyekat kekuatan trio Thailand, Wichan temkort, Kritsanapong Nontakote dan Pichet Pansan yang mencatat kemenangan 15-8, 15-5 untuk mengikat kedudukan kepada 1-1.
Pertembungan regu ketiga antara kedua-dua pasukan berlangsung sengit sebelum Thailand memuktamadkan kemenangan 15-12, 15-12 untuk memuktamadkan perlawanan dengan kemenangan 2-1.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... kad-tebus-kekalahan |
|
|
|
|
|
|
| |
|