CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6261|Reply: 1

[Kedah] Kedah catat keputusan SPM terbaik dalam tempoh 13 tahun

[Copy link]
Post time 27-5-2024 12:33 PM | Show all posts |Read mode

ISMAIL (tengah) pada Majlis Pengumuman Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2023. FOTO Wan Nabil Nasir

Sungai Petani: Kedah mencatatkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 terbaik dalam tempoh 13 tahun.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Ismail Othman berkata, pencapaian gred purata negeri meningkat daripada 4.98 pada 2022 kepada 4.77 pada 2023 dengan peningkatan sebanyak 0.21.

"Terdapat 29,044 calon mendaftar SPM 2023, seramai 24,528 calon hadir dan menduduki sekurang-kurangnya satu mata pelajaran manakala 766 calon tidak hadir semua mata pelajaran.

"Pencapaian SPM 2023 adalah yang terbaik dalam tempoh 13 tahun iaitu sejak tahun 2010, ini pencapaian yang amat membanggakan dan mengangkat martabat pendidikan di negeri ini," katanya pada sidang media selepas Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM Tahun 2023 di sini, hari ini.

Ismail berkata, daripada 24,528 calon yang hadir menduduki SPM, seramai 14 calon mendapat pencapaian cemerlang dan seramai 568 calon (2.32 peratus) memperoleh keputusan cemerlang (gred A+, A, A-) dalam semua mata pelajaran berbanding 441 calon (1.81 peratus) pada 2022.

Katanya, bilangan calon yang memperoleh keputusan cemerlang menunjukkan peningkatan sebanyak 127 calon (0.51 peratus).

"Sebanyak 14 sekolah memperoleh peningkatan Gred Purata 0.80 dan ke atas (Lonjakan Saujana).

"Selain itu, sebanyak 21 sekolah mencapai Gred Purata Sekolah di bawah 3.0 iaitu penambahan dua sekolah berbanding tahun lalu," katanya.

Beliau berkata, sebanyak 71 sekolah melepasi pencapaian Gred Purata Negeri (GPN) 4.77 daripada 196 sekolah kategori A.

Katanya, Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) matematik menunjukkan peningkatan tertinggi antara semua mata pelajaran iaitu sebanyak 0.27 peratus daripada 5.86 kepada 5.59.

"Bagi mata pelajaran elektif Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), Sains Tulen dan Matematik Tambahan, empat mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi.

"Mata pelajaran Biologi menunjukkan peningkatan prestasi tertinggi sebanyak 0.30 mata GPMP iaitu 4.64 mata pada tahun 2023 berbanding 4.94 mata pada tahun 2022 manakala tiada mata pelajaran menunjukkan penurunan prestasi," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lam-tempoh-13-tahun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2024 12:52 PM | Show all posts
Tahniah diucapkan kepada orang kedah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.039469 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list