CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7517|Reply: 1

[Perlis] Raja Perlis selamat jalani pembedahan kaki di HTF

[Copy link]
Post time 28-5-2024 11:39 AM | Show all posts |Read mode

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail. - NSTP

Kangar: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail selamat menjalani pembedahan kaki di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, semalam.

Istana Arau dalam kenyataan hari ini, berkata baginda dalam keadaan stabil dan pembedahan selesai dengan jayanya tanpa sebarang masalah.

"Baginda dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid menzahirkan ucapan berbanyak terima kasih kepada seluruh rakyat jelata.

"Dalam keadaan ini juga, baginda akan terus bersemayam di Wad Diraja HTF sejurus selesai pembedahan bagi menjalani proses rawatan pemulihan sepenuhnya dan juga untuk berehat.


"Baginda turut menzahirkan ucapan terima kasih semua kaum kerabat serta sahabat handai yang tidak putus-putus mendoakan ke hadrat Allah SWT agar baginda dikurniakan keselamatan, kesejahteraan dan kesembuhan segera," katanya.

Pada kesempatan sama, Raja Muda Perlis, Tuanku Faizuddin Putra Jamalullail yang kini memangku jawatan Raja Perlis menzahirkan seruan kepada seluruh rakyat jelata agar sentiasa berdoa untuk kesejahteraan serta kesembuhan buat baginda.

Pada 1 April tahun lalu, Raja Perlis pernah menjalani pembedahan membaik pulih kaki dan buku lali sebelah kanan di Hospital Putrajaya (HPj).
https://www.bharian.com.my/berit ... bedahan-kaki-di-htf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2024 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Gws tuanku.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.079753 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list