View: 9432|Reply: 3
|
Lembaga putih tumpang bergambar dengan Raffi Ahmad, Ariel Noah
[Copy link]
|
|
JAKARTA – Sekeping gambar yang dikongsikan oleh pelakon Indonesia, Raffi Ahmad menjadi perhatian pengguna media sosial kerana memaparkan kelibat lembaga menyeramkan, lapor portal berita Okezone semalam.
Ketika kejadian, Raffi melakukan pengembaraan motosikal bersama rakan-rakan selebriti lain iaitu penyanyi Ariel Noah, pelakon dan pengacara, Gading Marten serta pelawak, Desta Mahendra.
Salah satu lokasi yang mereka tuju adalah di Langkat, wilayah Sumatera Utara.
Dalam gambar yang dikongsikan, keempat-empat selebriti tersebut tersenyum ketika berdiri di hadapan sebuah bangunan kosong.
Namun, momen itu bertukar misteri apabila susuk putih dengan bayangan hitam dilihat berdiri di dalam bangunan di belakang mereka.
Meskipun dari kejauhan, lembaga itu dapat dilihat dengan jelas dan seolah-olah sedang memandang ke arah empat jejaka berkenaan.
“Cuba lihat gambar ini. Nampak tak?” kata Raffi dalam hantaran tersebut.
Netizen yang melihat gambar itu masing-masing meluahkan rasa terkejut dan perasaan seram serta memberikan pelbagai komen.
“Mungkin ia pun peminat anda semua,” kata seorang netizen.
“Kenapa gambar ini muncul pada pukul 12.04 tengah malam? Seram rasanya,” ujar pengguna lain.
Sementara itu, Raffi kemudian menjelaskan bahawa bangunan tersebut merupakan bekas hospital yang menjadi tempat kelahiran Ariel.
“Dahulunya ini adalah hospital tempat lahir @arielnoah, namun kini ia sudah jadi bangunan kosong,” katanya. – AGENSI
Sumber : Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
entahlaa. mata aku fokus kat ariel jah huhu. hensem ar pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
Jauh sgt. X berapa nak nampak |
|
|
|
|
|
|
|
kak rock skrg dia bkn kira waktu muncul dah,
baik siang atau mlm.. ikot peredaran zmn moden kot.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|