CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8816|Reply: 0

Itali ketepikan Acerbi, tetap yakin pertahan mahkota Euro 2024

[Copy link]
Post time 1-6-2024 09:44 AM | Show all posts |Read mode

PEMAIN pertahanan Itali, Francesco Acerbi. FOTO Agensi

Rome: Pengendali Itali, Luciano Spalletti mengesahkan terpaksa melupakan khidmat pertahanan tengah, Francesco Acerbi yang mengalami kecederaan namun menegaskan pasukan itu tetap bersedia mempertahankan kejuaraan Euro 2024 pada edisi kali ini.

Acerbi disahkan mengalami kecederaan pangkal paha dan tidak akan menyertai kem latihan pusat sebelum terbang ke Jerman dengan status juara bertahan.

Menurut laporan media Itali, pemain pertahanan berusia 36 tahun itu sudah merekodkan sebanyak 34 penampilanbersama skuad kebangsaannya dan akan menjalani pembedahan pada Isnin ini di mana dia tidak akan bermain selama sebulan.

"Kami kehilangan pemain berpengalaman yang beraksi bersama Inter Milan sebagai pemain pertahanan di mana dia seorang pertahanan yang kebal," kata Spalletti pada sidang akhbar.


"Tetapi pasukan kebangsaan berbeza dengan kelab. Anda boleh mencari apa yang anda perlukan di tempat lain.

"Kami tidak mahu memikirkan soal kehilangan tonggak utama yang tidak dapat menyertai pasukan, sebaliknya pasukan perlu memandang ke hadapan dan pasukan tetap mampu pertahan mahkota kejuaraan," katanya.

Selain Acerbi, Spalletti turut mengesahkan pemain Aston Villa, Nicolo Zaniolo tidak akan di bawa kerana kecederaan kaki kiri.

Sebaliknya, Nicolo Fagioli kembali ke pangkuan pasukan selepas skandal pertaruhan yang menyebabkan pemain tengah Newcastle United, Sandro Tonali kehilangan tempatnya dalam pasukan untuk ke saingan Euro kali ini.

Spalletti mempertahankan keputusannya menyenaraikan Fagioli biarpun pemain itu hanya membuat dua penampilan sejak Oktober selepas dikenakan larangan tujuh bulan ekoran terbabit dalam isu mengatur perlawanan.

"Ia adalah pilihan teknikal. Fagioli adalah pemain berkualiti dengan bakat semulajadi tetapi dia tahap kecergasannya tidak memuaskan. Kita akan memantau tahap kecergasan dalam latihan nanti," katanya yang juga bekas jurulatih Napoli itu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... n-mahkota-euro-2024
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 05:03 AM GMT+8 , Processed in 0.049160 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list