|
Pemain Serbia, Novak Djokovic mengharungi perlawanan lebih empat jam sebelum menewaskan Lorenzo Musetti dari Itali pada pusingan ketiga Terbuka Perancis. - Foto AFP
PARIS: Pilihan utama kejohanan, Novak Djokovic dari Serbia hampir dikejutkan oleh pilihan ke-30 dari Itali, Lorenzo Musetti sebelum menang 7-5, 6-7 (6), 2-6, 6-3, 6-0 pada pusingan ketiga Terbuka Perancis semalam.
Jurang usia 15 tahun dengan pesaingnya yang berusia 22 tahun, Djokovic, 34, berjaya bangkit dalam perlawanan yang berlangsung selama empat jam 29 minit itu.
Perlawanan berkenaan berakhir pada jam 3.08 pagi waktu tempatan, mengatasi rekod paling lewat kejohanan pada jam 1.25 pagi.
Djokovic kini terikat dengan Roger Federer untuk jumlah kemenangan tertinggi dalam aksi Grand Slam pada 369.
Pilihan keempat dari Jerman, Alexander Zverev turut mara ke pusingan keempat selepas mengharungi pertarungan 4 jam 13 minit sebelum menewaskan pemain Belanda, Tallon Griekspoor 3-6, 6-4, 6-2, 4-6, 7-6 (10-3).
Turut mara ke pusingan seterusnya ialah pilihan kelima dari Russia, Daniil Medvedev dan pilihan ke-11 dari Australia, Alex de Minaur. Kedua-dua akan bertembung di pusingan keempat. - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... -kemenangan-federer |
|