View: 6776|Reply: 0
|
Pemain ragbi 'murung' selepas dibelasah Korea
[Copy link]
|
|
Aksi pemain ragbi negara (jersi merah) ketika menentang Korea Selatan semalam. - Foto Malaysian Rugby
KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad ragbi 15 sebelah (15's) negara, Mohd Farid Syazwan Abu Bakar mengakui berdepan tugas mencabar untuk mengembalikan semula motivasi pemainnya bagi mengharungi baki dua perlawanan dalam Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2024.
Ini selepas skuad Bunga Raya negara bermula dengan langkah kiri apabila tewas 5-55 di tangan Korea Selatan dalam aksi sulung aksi Divisyen Premier di Incheon, semalam.
Syazwan, berkata banyak kerja rumah yang perlu dilakukan barisan jurulatih bagi aksi kedua bertemu Hong Kong di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 8 Jun ini sebelum berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Dubai pada 21 Jun.
"Kita agak bergelut pada separuh masa pertama (menentang Korea) dan dua kad kuning yang dilayangkan kepada pemain kita menyebabkan momentum pasukan menurun pada separuh masa pertama.
"Kita cuba bangkit pada separuh masa kedua tetapi masih terdapat lagi beberapa kesilapan.
"Jadi, kami barisan jurulatih merasakan banyak lagi yang perlu diperbaiki sebelum bertemu Hong Kong dan UAE.
"Walaupun bukan keputusan yang kita harapkan, tetapi barisan jurulatih akan cuba sehabis baik untuk kekalkan motivasi pemain yang ada.
"Ia adalah tugas yang mencabar untuk barisan jurulatih buatkan pemain bangkit semula mengharungi dua perlawanan berikutnya," katanya.
Anak buah Syazwan terpaksa akur dengan kehebatan Korea yang menguasai perlawanan dengan skuad negara hanya mampu mengutip lima mata menerusi 'try' dilakukan Mohad Shobrey Amok pada minit ke-48.
Skuad Korea yang berada di ranking ke-30 dunia, memperoleh 55 mata selepas sembilan 'try' yang disempurnakan Hwang Jeongwook, Lee Jinkyu, Kim Chan Ju, Lee Hyeonje, Jeong Yeonsik dan Lee Yongun, selain lima 'conversion' oleh Ko Seungjae.
Pada edisi lalu, skuad Bunga Raya 15s dibelasah 3-27 oleh Korea Selatan dan 9-88 oleh juara bertahan Hong Kong.
https://www.bharian.com.my/sukan ... pas-dibelasah-korea |
|
|
|
|
|
|
| |
|