CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3970|Reply: 0

'Saya bertarung demi Malaysia, bukan kerana RM235,332'

[Copy link]
Post time 4-6-2024 11:18 AM | Show all posts |Read mode

Jojo (kiri) akan berdepan Duy Nhat (kanan) pada pertarungan Sabtu ini. FOTO ONE CHAMPIONSHIP

KUALA LUMPUR: Wang bukan motivasi utama buat saya, sebaliknya saya bertarung demi mengharumkan nama negara.

Itu tegas jaguh muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar yang akan kembali ke gelanggang ONE Championship, Sabtu ini.

Johan, 18, yang mesra disapa Jojo akan membuat perhitungan dengan juara WMF Muay Thai lima kali dari Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat dalam pertarungan ONE 167 di Impact Arena, Bangkok, Thailand.

Pertarungan kali ini menawarkan bonus prestasi sebanyak AS$50,000 (RM235,332.68) kepada pemenang andai melepasi syarat ditetapkan.


Bagaimanapun, Johan, berkata motivasi utamanya adalah bagi menghadiahkan kemenangan kepada individu yang sentiasa memberi sokongan sejak dari awal dan meletakkan kepercayaan kepada dirinya.

"Ramai kali ini akan datang ke Bangkok untuk menyaksikan pertarungan ini. Mereka meletakkan kepercayaan kepada saya.

"Jadi, saya mahu membuat yang terbaik untuk mereka dan hadiahkan kemenangan untuk mereka.

"Saya tidak menjadikan wang sebagai motivasi utama sebaliknya saya memang suka bertarung dan mahu buat Malaysia bangga dengan saya. Kalau dapat ganjaran, saya anggap itu sebagai bonus," katanya ketika sesi bersama media secara atas talian, hari ini.

Ini adalah pertarungan pertama Johan sejak kali terakhir pada 8 Disember tahun lalu yang menyaksikan dia menumbangkan juara WBC dari Mexico, Edgar Tabares menerusi kemenangan 'knockout' (KO) dalam tempoh 36 saat di Bangkok.

Selepas pertarungan itu, Johan terpaksa melupakan seketika aksi di ONE Championsip kerana perlu memberi tumpuan kepada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Bintang muda yang mewakili Rentap Muay Thai Gym itu, berkata persiapannya bagi menghadapi pertarungan kali ini adalah yang terbaik berbanding perlawanan-perlawanan sebelum ini yang mana dia perlu membahagikan masa dengan pelajaran.

Katanya, aksi berdepan Duy Nhat dijangka menjadi pertarungan yang paling sukar dalam kerjayanya berbanding lima perlawanan dalam ONE Championship sebelum ini berdasarkan pengalaman dimiliki lawan berkenaan.

"Dia tidak senang dan dia tidak susah kerana ada bahagian kena jaga dan ada bahagian boleh 'makanlah'.

"Duy Nhat ini adalah seorang yang berpengalaman dan sudah lama dalam bidang ini, usianya pun sudah 35 tahun. Dia lawan yang pantas dan berkemahiran tinggi.

"Namun, saya juga ada kelebihan iaitu usia saya yang muda, bertenaga dan lebih bersemangat tinggi," katanya.

Pada Oktober tahun lalu, Johan mencipta sejarah apabila menjadi atlet tempur termuda memperoleh kontrak bernilai AS$100,000 (RM463,300) dengan ONE Championship.

Dengan rekod kemenangan 5-0 termasuk empat menerusi kiraan knockout (KO) sepanjang saingan musim lalu, Johan turut diangkat sebagai Bintang Muda Paling Menyerlah 2023 oleh ONE Championship

https://www.bharian.com.my/sukan ... kan-kerana-rm235332
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:12 AM GMT+8 , Processed in 0.035176 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list