CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20634|Reply: 3

Anak yang keras kepala 2

[Copy link]
Anonymous
Anonymous  Post time 5-6-2024 02:23 AM |Read mode
Assalamualaikum. Saya buat sambungan luahan saya. Saya berkahwin dengan pilihan keluarga saya lebih tepat pilihan mak saya (saudara rapat belah mak). Saya berkahwin di luar negara, negara asal mak saya. Saya kahwin dengan perbelanjaan yang agak besar bagi mak saya. Walaupun perkahwinan ini boleh dibuat dengan ringkaas di negara kita sendiri, mak saya yang memilih untuk kahwinkan saya di negeri Dan negara halamannya KERANA MEMIKIRKAN SAUDARA MARANYA. Kalau setiap pengantin dapat berkahwin dengan cara dan tema yang mereka nak, saya mengikut sepenuhnya pilihan ibu saya. Saya kahwin tanpa ada pelamin, tanpa make-up, tanpa ada baju nikah pilihan sendiri (baju nikah pihak lelaki belikan baju yang dorang suka) dan tanpa ayah saya mewalikan saya. Sebab ayah saya tak dapat balik ke kampung masa tu, jadi orang lain menjadi ganti saya. Ini part yang paling menyakitkan hati saya. Takpa. Asalkan mak saya gembira cukup. Lepas kahwin, saya start nampak perangai sebenar suami. Dia bukan orang yang saya harapkan. Malah orang yang buat keadaan saya menjadi lebih teruk.  Dia selalu memburukkan saya. Tak pernah stay dengan saya untuk tempoh yang lama. Bayangkan, dia tinggalkan saya sendirian lepas baru seminggu berkahwin (kononnya nak jaga business dia kat negeri lain). Pasal hubungan intim kami, memang ke laut daripada malam pertama lag. Tapi Subuhanallah, Allah SWT kurniakan satu nyawa dalam rahim saya dalam masa terdekat. Saya balik negara kita lepas berada beberapa bulan di sana. Saya ditinggalkan balik di negara kita beberapa bulan. Saya duduk dengan mak saya. Mak saya kerap tak puas hati suami saya tinggalkan saya dengan dia. Kerap berbalah dengan mak sebab si suami tak pernah menghantar duit belanja untuk saya, even jarang menelefon saya. Mengidam? Jangan harap. Selalunya mengharap ihsan adik-beradik, mak atau arwah ayah untuk membelikan sesuatu. Jadi saya telan perasaan mengidam saya dalam2. Bila kandungan saya sarat dia balik sini. Dia tak nak 'bersama' dengan saya walaupun doktor menyuruh kami bersama selalu untuk memudahkan saya bersalin. Saya buntu kenapa dia tak nak bersama saya. Saya tak faham kenapa, tapi saya diamkan. Masa saya sakit bersalin dia jarang tunggu dekat hospital, 4 hari duk sakit bersalin satu hari dia duk menunggu. Masuk labour  room, mak saya yang menunggu di sebelah saya. Itu pertama kali saya nampak mak saya risaukan saya. Saya terpaksa bersalin Ceaser sebab anak start stress dalam perut. Masa dibawa ke bilik bedah suami tak menunggu saya. Ayat pertama yang saya dengar dari mulut suami. 'Kalau dapat lahirkan secara normal kan bagus'. Pantang? Tak perlu nak cakap. Saya punya mental dan fizikal ke laut. Hampir meroyan. Kena bentan. Tapi soalan suami saya. Kenapa dia drama seperti dia sorang bersalin Dan sakit dekat Dunia ni. Orang lain bersalin tak drama macam dia pun. Bukan itu sahaja. Dia selalu akan malukan saya kata badan saya berbau hanyir kerana susu badan. Masalahnya dia tak mampu nak belikan susu tepung kalau saya tak bagi susu badan untuk anak saya. Dia tak 'menyentuh' saya sampai anak saya berusia 1 tahun. Saya akan sambung kisah saya dalam luahan ketiga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2024 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambungan mna tt? Xyah buat tread baru, dkt komen pon boleh
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 03:32 PM | Show all posts
Assalamualaikum. Saya berkahwin ikut pilihan ibu di luar negara dengan kos tinggi. Suami saya tidak seperti yang diharapkan, sering meninggalkan saya dan tidak menyokong kewangan. Semasa bersalin, dia tidak ada di sisi dan tidak membantu. Saya mengalami banyak kesulitan, tetapi dia terus mengkritik saya.


Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2024 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambung please
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.841159 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list