CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4118|Reply: 0

Euro 2024: Hungary sedia jadi pengacau utama

[Copy link]
Post time 5-6-2024 11:49 AM | Show all posts |Read mode

HUNGARY pernah meraih tempat ketiga sewaktu edisi Euro 1964 yang menjadi azimat terbaik buat mereka kali ini. - AFP

SELEPAS mengumumkan senarai akhir 26 pemain yang akan menggalas cabaran pada saingan Euro 2024, Hungary dianggap sebagai salah sebuah pasukan ‘pengacau’ berdasarkan bakat dimiliki barisan pemainnya.

Di bawah bimbingan Marco Rossi, skuad Tricolours itu merupakan antara pasukan yang perlu diberikan perhatian selain mampu mengundang resah kepada gergasi-gergasi Eropah lain.

Walaupun tidak diletakkan antara pilihan utama, namun semua pihak perlu sedar bahawa Hungary pernah bergelar pasukan ketiga terbaik pada edisi 1964 dan ia mampu menjadi tonik buat mereka kali ini.

Pasukan bagi edisi 2024 juga dianggap sebagai skuad paling berbakat pernah dibentuk Hungary dengan bahagian tengah diketuai tonggak Liverpool, Dominik Szoboszlai yang turut bertindak sebagai kapten.

Rossi menjelaskan, beliau percaya dengan kemampuan dimiliki Szoboszlai selain menaruh sepenuh harapan bahawa pemain berusia 24 tahun itu mempunyai sifat kepimpinan yang diperlukan di atas padang nanti.

“Saya fikir dalam skuad kali ini, Dominik (Szoboszlai) boleh dianggap sebagai pemimpin kepada pemain-pemain lain. Saya katakan perkara ini bukanlah disebabkan dia adalah kapten tetapi berdasarkan kemahiran yang dimiliki.

“Dia seorang pemain yang boleh diharapkan untuk mengemudi bahagian tengah dan mampu bergerak bebas mengatur serangan. Saya percaya peranan yang diberikan kepadanya boleh membawa kejayaan buat Hungary,” katanya.

Sebagai rekod, Hungary merupakan salah sebuah pasukan terbaik pada aksi kelayakan sebelum ini apabila mereka tidak pernah tewas selepas mencatat lima kemenangan dan tiga seri untuk muncul juara saingan Kumpulan G.

Justeru, mereka wajar diberikan perhatian memandangkan ramai berpendapat Hungary mampu melakar kejutan dengan melayakkan diri sekurang-kurangnya ke pusingan kalah mati pada edisi kali ini.

Bagaimanapun, Tricolours tidak berdepan laluan mudah untuk melepasi aksi peringkat kumpulan apabila perlu bersaing dengan Jerman, Scotland dan Switzerland dalam saingan Kumpulan A.

Berdasarkan analisis dilakukan pemerhati bola sepak, Hungary mampu untuk sekurang-kurangnya menamatkan saingan peringkat kumpulan sebagai naib juara dan layak ke pusingan kalah mati.
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... adi-pengacau-utama/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.051215 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list