View: 4363|Reply: 0
|
[Johor]
Wang persaraan lesap hampir setengah juta ditipu ‘polis’
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan.
BATU PAHAT – Seorang wanita yang baru bersara sebagai penjawat awam mengalami kerugian sebanyak RM310, 995.78 selepas ditipu seorang lelaki yang menyamar sebagai polis dari Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Perak.
Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kejadian berlaku pada 6 Mei lalu selepas wanita berusia 60 tahun itu menerima panggilan menyatakan dirinya terlibat dalam kes pengubahan wang haram dan semua aset serta wang miliknya akan dibekukan.
Katanya, bimbang dengan tindakan itu, mangsa telah menyerahkan maklumat akaun perbankan selepas diminta suspek yang kononnya mahu menyiasat dan rujuk kepada Jabatan Audit Negara.
“Pada 19 Mei, mangsa turut membuat pembayaran ke atas dua akaun berbeza sebanyak RM66,050 sebelum mendapati berlaku penyusutan sebanyak RM244,945.78 dalam akaun pada 3 Jun baru-baru ini,” katanya melalui kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... -juta-ditipu-polis/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|