CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6625|Reply: 11

45 pekebun durian ditahan ceroboh tanah kerajaan

[Copy link]
Post time 6-6-2024 08:55 AM | Show all posts |Read mode






BENTONG – Seramai 45 pekebun durian ditahan kerana masih menceroboh tanah kerajaan yang ditanam durian musang king sejak Ops Sekat diadakan bermula 30 April lalu.


Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, seramai 45 orang yang terdiri daripada warga tempatan dan warga asing itu ditahan kerana menceroboh tanah kerajaan dan melanggar arahan mahkamah.


“Kita juga merampas sebanyak 44 buah motosikal, 12 trak pikap, empat buah lori, empat buah kereta, dua jengkaut dan empat jentera pengorek dan kesemua barang telah disita.


“Kita juga membuka 50 kertas siasatan melibatkan pelbagai kesalahan seperti dibawah Kanun Keseksaan, Kanun Tanah Negara , Akta Perhutanan Negara dan Akta Imigresen,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di sini hari ini.


Pada 30 April lalu, Mahkamah Tinggi membuat keputusan memberi kuasa penuh kepada pihak berkuasa negeri untuk mengambil alih semula tanah kerajaan dan hutan simpan yang diteroka di Raub.


Menurut Yahaya Ops Sekat yang melibatkan 201 pegawai dan anggota polis giat dilaksanakan melibatkan lapan kawasan tumpuan termasuk di Sungai Ruan, Tranum, Ulu Dong, Tras, dan kawasan sekitar.


Katanya, pihak polis juga melakukan pemantauan kerja pembinaan ‘parit gajah’ di beberapa kawasan bagi mengelakkan daripada hutan berkenaan diceroboh.


“Selain itu untuk operasi ini kita juga buat pemantauan udara kerana ia adalah kawasan bukit bukau, jadi kita buat pemantauan dan juga penguatkuasaan melalui udara.


“Jadi saya menasihatkan semua pekebun atau pun yang meneroka secara haram ini untuk menghormati atau menunggu apa-apa keputusan mahkamah dan tidak melakukan perkara yang melibatkan kesalahan atau pun perkara yang menyalahi undang-undang,”ujarnya.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2024 09:16 AM | Show all posts
harap penceroboh xplay victim
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah buat salah tu, mengaku sajalah. Jgn nk fikir untung je.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 03:46 PM | Show all posts
Pejabat Tanah buat sekatan
diorang pergi bawa masuk kes ke mahkamah
bila mahkamah keluar arahan tak benar
masih menceroboh
memang undang2 hanya diorang laung2 kan bila memihak pada mereka sahaja
patut kena tembak dengan senapang gajah je
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Tanam je periuk api. Mereka kan takut mati.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kt negeri ni pulak, asyik nk ditarah hutan je keje nyer. Jap gi gajah rimau kuar hiway, masuk kampung, kena langgar, kena racun sbb habitat/makanan x de.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-6-2024 07:05 PM | Show all posts
Gunama replied at 6-6-2024 05:51 PM
Kt negeri ni pulak, asyik nk ditarah hutan je keje nyer. Jap gi gajah rimau kuar hiway, masuk kampun ...

Ada jg free delivery balak kat depan umah
Masa banjir
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Nmpk area nama Ulu Dong ...tu kan area mona fandey bunuh mazlan kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2024 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
manamana123 replied at 6-6-2024 07:05 PM
Ada jg free delivery balak kat depan umah
Masa banjir

Ye betol..free balak, xde yg ngaku.
Kayu reput kate nyer
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
kat hutan nak jarah. kat bandaraya nak jarah. mcm parasit
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu pernah buat family day dekat Lanjut, Pahang. Bersepah lori bawa balak. Tue baru dkt Lanjut jer, belum tmpt lain lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2024 04:48 PM | Show all posts
Edited by gigahertz at 7-6-2024 08:50 AM
AnBulisia: Pejabat Tanah buat sekatandiorang pergi bawa masuk kes ke mahkamahbila mahkamah keluar arahan tak benarmasih mencerobohmemang undang2 hanya diorang la ...

Bagi ini biadap. sebab pahang ada sultan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-6-2024 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.062408 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list