CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Abahmung

[Tempatan] Jurutera hilang 10 hari ditemukan mati dalam kereta

[Copy link]
Post time 6-6-2024 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
sagiman91 replied at 6-6-2024 02:45 PM
10 hari kat tmpt tu. bukan ke lot2 kedai kat situ. takkan takder yg perasan

Payah nak perasan sbb zaman la tinted bkn main gelap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2024 05:30 AM | Show all posts
اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُون
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2024 06:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah meninggal rupanya, ada la jg closure
Salam takziah buat keluarga arwah
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2024 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols kalau ada kereta tak bergerak lebih dua hari dah curious, siapa punya kereta tu. Pelangi ni pun ramai org kerja SG sewa, depa sampai rumah terus panjat katil, tak pikir apa dah.

Tapi betul la, always check your friends and family. Kat hello jek... tak payah sembang panjang. Iols kalau opismet tak kelihatan, iols dah text dia...beb ko cuti ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2024 07:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul la tu...kebanyakan kereta mereka tinted terlalu gelap...tu yg org mmg la yg lalu x kan tenung cermin kereta org..x kuasa nak tenung2...mmgla tak tahu ko buat apa dlm kereta tu..malah kereta cermin yg kurang gelap pun org x kan nk tenung sungguh2 juga...
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2024 07:48 AM | Show all posts
kena share google maps tracking dengan orang rapat, senang nak kesan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-6-2024 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Majikan juga kena tau korang duk mana, ramai org hidup solo la ni, majikan n family x tau mana korang pergi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2024 10:07 AM | Show all posts
'Kalaulah mayat jumpa lebih awal...' - Abang mangsa
Omar Ahmad
[email protected]


MUHAMMAD Hamizan yang dilaporkan hilang, ditemui maut dalam kereta miliknya di Taman Sentosa semalam. FOTO Ihsan keluarga


Johor Bahru: "Saya ada beberapa kali pergi sekitar Johor Bahru untuk mencari adik selepas membuat laporan polis mengenai kehilangannya, tetapi tidak menemuinya," kata Muhammad Haziq Ramli, 34.

Muhammad Haziq adalah abang kepada jurutera tapak, Muhammad Hamizan, 33, yang ditemukan meninggal dunia dalam kereta miliknya di tempat letak kereta di Taman Sentosa, di sini, semalam.

Menurutnya, keluarga reda dengan pemergian anak kedua daripada empat beradik itu, namun terkilan kerana keadaan mayatnya sudah mereput.

"Mak dan ayah pasrah serta reda, tapi dalam masa sama masih terkejut. Ayah ada sakit jantung, tak tidur semalaman selepas dapat berita (kematian adik) itu sebab dijumpai terlalu lewat sangat.

"Saya rasa terkilan juga, sepatutnya kes hilang ini ada pihak yang ambil serius. Kalau dapat jumpa lebih awal, walaupun sudah tiada (tidak bernyawa), keadaan mayat itu mungkin lebih elok," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Menurut Muhammad Haziq, arwah adiknya pergi bekerja seperti biasa sebelum gagal dihubungi.

Katanya, dalam tempoh kehilangan adiknya kira-kira tiga minggu sejak 19 Mei lalu, dia ada cuba mengesan arwah dengan mencari sekitar Bandar Penawar dan Johor Bahru.

"Saya difahamkan arwah memang ada kenalan di kawasan sekitar Johor Bahru, tetapi tidak pasti siapa yang dia jumpa pada Sabtu malam Ahad itu.

"Setakat yang saya tahu, dia memang tiada penyakit kronik, tambahan pula kerjayanya sebagai jurutera tapak. Saya rasa profesion ini memerlukan seorang yang sihat untuk sentiasa berada di tapak.

"Arwah juga tiada masalah kewangan dan dalam pengetahuan kami, dia tidak pernah membuat pinjaman dengan peminjam wang tidak berdaftar. Kalau ada pinjaman pun, dengan pihak yang berdaftar seperti bank.

"Arwah baik, dia tidak mempunyai masalah dengan keluarga dan mudah dihubungi sebelum kehilangannya," katanya.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 4, Kota Tinggi, malam tadi.

Semalam, misteri kehilangan Muhammad Hamizan terungkai selepas lelaki itu ditemukan meninggal dunia dalam kereta miliknya di Taman Sentosa, di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat dipetik berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira 11 pagi dalam keadaan sudah membusuk.

Terdahulu, pada 28 Mei lalu media melaporkan seorang abang meminta bantuan orang ramai agar memaklumkan kepada balai polis sekiranya mempunyai maklumat berikutan kehilangan adiknya sejak 19 Mei lalu bersama kereta Saga FLX berwarna merah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2024 11:13 AM | Show all posts
Abahmung replied at 7-6-2024 10:07 AM
'Kalaulah mayat jumpa lebih awal...' - Abang mangsa
Omar Ahmad

eloknya reveal no plat tu juga
saga flx merah agak common

peringatan utk kes2 lps ni
kena bg detail yg lbh lagi klu dh ready utk dptkan bantuan public

but of course seboleh2nya mntk simpang dpd terjadi kes seumpamanya


Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2024 11:18 AM | Show all posts
kat malaysia ni belum ada pasang kamera yg boleh recognise plate number eh? mcm kat certain carpark

aku tengok crime investigation kat us, bnyk neighborhood & jalan2 utama kat US dh psg camera ni.. solar powered pun ada.. bila ada kes, senang je polis sana detect kereta suspek
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2024 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Dovahkiin replied at 6-6-2024 03:27 PM
Biasa kalau meninggal dlm keta dlm keadaan baring, keracunan carbon monoxide.

mungkin dia nk rehat jap...tertidor ..tingkap sme tutup..mng kes naya..penuh karbon..dia tersedor susah nk nafas...terus ninggal

klo oang lalu nmpk pun tgk dia tidor cam tu sure depa tak kacau

letihhh sangattt..rehat lalu tertidur lam kete..tingkap sme tutup...terus tak bangun
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2024 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
jarang jumpa lelaki engineer dah 30an masih single lagi, kalau girl ramai la
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2024 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
abang dia ada bagi ke no. kete...kalau x..dia pun salah juga
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2024 01:23 PM | Show all posts
kalau harap polis semedang memang tak dan la depa nak mencari. polis yang biasa berkawal kat post depan balai polis pun sekarang dah takde... tak tahu dikerah ke mana.

memang keluarga kena cari sendiri, berserta bantuan orang awam.

dulu masa arwah abah iols hilang, dia ada dementia. My SIL tak perasan abah keluar, tak sampai 10 mins dah jauh hilang. Maybe ada orang bagi tumpang, kesian tengok orang tua jalan kaki.

Tapi yang bagusnya... orang tu hantar ke Balai Polis berdekatan dan mujur jugak iols ada inisiatif inform polis, tunjuk gambar abah dan beri no hp. belum 24 jam hilang jadi pi balai inform sahaja.

Malam tu polis telefon my elder brother suruh datang ke balai amik abah i. alhamdulillah... Allah masih nak bagi jumpa abah masa tu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2024 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah. Al-Fatihah.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-9-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.064815 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list