CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3685|Reply: 3

[Tempatan] 'Bergaul bebas di Kelantan boleh didenda hingga RM50,000

[Copy link]
Post time 6-6-2024 02:36 PM | Show all posts |Read mode
KOTA BHARU: Kelantan meluluskan cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Hiburan dan Tempat Hiburan 2024 yang menyaksikan kadar denda dinaikkan sehingga RM50,000 antaranya bagi kesalahan percampuran serta pergaulan bebas antara lelaki dan wanita tanpa batasan.

Cadangan penggubalan RUU itu bagi menambah baik Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998 (Enakmen Hiburan 1998) yang berkuat kuasa selama dua dekad sejak 15 Jun 1999.


Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Muhamed Fadzli Hassan, berkata penambahbaikan lain adalah larangan aktiviti hiburan yang mengandungi, mempromosi, mempunyai atau diselitkan dengan unsur yang bercanggah dengan akhlak, tatasusila dan moral, menyokong atau menormalisasi lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), memecah belah keharmonian dan perpaduan kaum serta menghina agama.

"Kadar denda bagi kesalahan yang dicadangkan dalam RUU ini dinaikkan daripada RM20,000 kepada RM50,000 bagi memberi pengajaran kepada individu atau perbadanan supaya mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa.

"RUU berkenaan akan dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Norsham Sulaiman (PAS-Semerak) mengenai status terkini Enakmen Kawalan Hiburan yang sudah lama tidak dipinda pada persidangan DUN Kelantan di Kota Darulnaim, hari ini.


Muhamed Fadzli berkata kajian penambahbaikan Enakmen Hiburan 1998 dilaksanakan Jawatankuasa Mengkaji Pelaksanaan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat Hiburan Negeri Kelantan yang dipengerusikan oleh beliau.

"Berdasarkan kajian itu yang mencadangkan untuk memansuhkan enakmen sedia ada iaitu Enakmen Hiburan 1998 dengan menggubal RUU Kawalan Hiburan dan Tempat Hiburan yang baharu.

"Draf RUU Kawalan Hiburan dan Tempat Hiburan diangkat untuk pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang 8 Mei lalu dan disahkan pada 15 Mei lalu yang bersetuju meluluskan cadangan itu.

"Pada masa sama, Jawatankuasa Mengkaji Pelaksanaan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat Hiburan Negeri juga sedang mengkaji dan menggubal peraturan-peraturan di bawah RUU ini," katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temangan berkata, prosedur penguatkuasaan juga ditambah baik berkaitan kuasa untuk masuk, menyiasat dan menyita peralatan hiburan termasuk barangan elektronik.

Menurutnya, draf RUU ini digubal dengan mengambil kira dasar semasa kerajaan negeri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-6-2024 02:39 PM | Show all posts
Aku pernah ada pengalaman salah sorg anak buah kat office lama aku tu perempuan dari negeri Kelant**,tp dia punya birah extra lain mcm..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah buat macam tu. Terutama budak2 yg kena buang sekolah. Setiap kali berkumpul topik perbincangan asyik2 gewe gewe gewe. Mmg otak dah takleh fikir benda lain. Baca buku malas. Port dating kat masjid. Pastu menyemak kat atas jalan depan masjid. Orang nak lalu pun payah.


Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 04:28 PM | Show all posts
tak boleh buat kat kelantan, datang negeri orang keluar semua perangai..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-6-2024 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.052532 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list