CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1719|Reply: 0

Martial, Varane dalam senarai keluar Man United

[Copy link]
Post time 6-6-2024 05:09 PM | Show all posts |Read mode

Manchester United akan melepaskan lapan pemainnya menjelang musim baharu. - Foto AGENSI

MANCHESTER: Manchester United melepaskan lapan pemainnya menjelang musim baharu.

Antara pemain akan meninggalkan Old Trafford ialah pemain Perancis, Anthony Martial dan Raphael Varane, yang kontrak masing-masing sudah berakhir.

Brandon Williams, Charlie McNeil, Marcus Lawrence dan Kie Plumely juga sudah meninggalkan United sebagai ejen bebas.

Jurulatih skuad bawah 21 tahun, Tom Huddlestone kini menganggur selepas kontraknya tidak diperbaharui.


Alvaro Fernandez juga sah tidak lagi bersama kelab Liga Perdana Inggeris itu selepas Benfica membuat pilihan untuk menjadikannya sebagai pemain tetap selepas dipinjamkan ke kelab Lisbon itu musim lalu.

Dua pemain veteran, Johnny Evans dan Tom Heaton juga kini menjadi ejen bebas selepas kontrak mereka berakhir.

Namun masih ada peluang untuk Evans dan Heaton kekal di Old Trafford memandangkan proses rundingan untuk kontrak baharu masih berjalan.

Pemain sayap 19 tahun, Omari Forson menandatangani kontrak baharu.

Martial, 28, meninggalkan kelab selepas sembilan tahun, dengan 90 gol dijaringkannya dalam 317 penampilan.

Varane pula mengumpul 95 penampilan sepanjang tiga musim menyarung jersi United.

Masih belum dapat disahkan siapa bakal membimbing Red Devils musim depan.

Walaupun menamatkan kempen Liga Perdana Inggeris di tempat kelapan, Erik ten Hag masih mampu mengesahkan tiket Liga Europa buat United kendaliannya dengan menjuarai Piala FA selepas mengejutkan Manchester City di Wembley. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... i-keluar-man-united
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.303807 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list