CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4509|Reply: 0

[Sabah] MOTAC punca Sabah-MM2H gagal dilancar

[Copy link]
Post time 7-6-2024 01:15 PM | Show all posts |Read mode


CHRISTINA

KOTA KINABALU: Pelbagai sekatan yang berpunca daripada Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Persekutuan (MOTAC) telah menggagalkan rancangan kerajaan negeri untuk melancarkan secara rasmi program Sabah-Malaysia My Second Home (Sabah-MM2H) pada 1 Jun lepas,
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, kerajaan negeri melalui Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) telah bekerjasama dengan jabatan dan agensi berkaitan seperti Jabatan Imigresen, Polis dan Pejabat Dalam Negeri bagi menyelaraskan semua aliran kerja bagi memastikan permohonan penyertaan di Program Sabah-MM2H boleh diproses selancar mungkin.

"Pihak kami semua sudah bersedia untuk melancarkan program itu pada 1 Jun, dan ramai yang sebenarnya tidak sabar untuk menghantar permohonan mereka. Malah, kami telah pun memuktamadkan kriteria untuk program itu tiga bulan lalu.

"Kami terkejut apabila MOTAC menggantung operasi semua ejen berlesen dalam memproses permohonan baharu, dengan serta merta.

"Langkah yang tidak baik ini telah menjejaskan kemajuan kami termasuk  pelancaran program berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini, kelmarin.

Beliau tidak berpuas hati dengan kejadian itu berkata,  MOTAC mengeluarkan pekeliling bertarikh 27 Mei 2024 kepada semua ejen berlesen yang mengendalikan permohonan MM2H, termasuk di Sabah dan Sarawak, untuk menghentikan operasi mereka.

"Berikutan itu, KePKAS menulis surat kepada MOTAC pada 28 Mei untuk menjelaskan segala persiapan kami untuk merasmikan program Sabah-MM2H selewat-lewatnya pada 1 Jun.

"Pada masa yang sama, kami meminta semakan semula keputusan MOTAC untuk menggantung operasi ejen berlesen, terutamanya ejen Sabah, yang sebahagian daripada mereka masih memegang lesen sah yang diluluskan dan dikeluarkan oleh MOTAC.

"Jika gagal, Kementerian saya akan bertindak sewajarnya untuk melantik dan memberi kuasa kepada wakil negeri untuk memproses permohonan bakal pemohon untuk Program Sabah-MM2H," katanya.

Pada 31 Mei lalu, MOTAC menjawab dengan cara pekeliling kepada KePKAS yang menyatakan bahawa tiada sesiapa dibenarkan memproses permohonan baharu untuk Program Sabah-MM2H sehingga dimaklumkan selanjutnya oleh MOTAC.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 09:53 PM GMT+8 , Processed in 0.600327 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list