CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2216|Reply: 0

Man United buru khidmat Yoro

[Copy link]
Post time 8-6-2024 11:34 AM | Show all posts |Read mode

Pemain pertahanan Lille, Leny Yoro menjadi buruan kelab-kelab Eropah. - Foto AGENSI

MANCHESTER: Manchester United sedang berusaha mendapatkan khidmat pemain pertahanan Lille, Leny Yoro pada jendela perpindahan musim panas ini.

Bek tengah berusia 18 tahun itu memulakan kempen dengan cemerlang bersama Le Dogues musim lalu, tetapi prestasinya merosot di hujung musim.

Bagaimanapun dia masih mendapat perhatian kelab-kelab utama Eropah, dengan Paris Saint-Germain turut berminat mendapatkan khidmat Yoro.

Yoro dilaporkan lebih berminat menyertai juara 15 kali Eropah, Real Madrid, namun United dan beberapa kelab lain belum berputus asa untuk memujuknya.


Yoro akan memasuki tahun terakhir kontraknya bulan depan. Lille sebelum ini meletakkan harga 51 juta pound (RM304.55 juta), tetapi kini bersedia menerima kurang daripada itu.

The Red Devils bakal melepaskan Raphael Varane sebaik kontraknya tamat akhir bulan ini.

Tumpuan utama Man United ialah mendapatkan bek tengah berkualiti berbanding menandatangani pemain bintang bergaji besar. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... d-buru-khidmat-yoro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.098311 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list