CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9254|Reply: 0

[Perlis] Peniaga makanan di Kangar dilarang guna bekas stirofoam, polisterin mulai 15 Julai

[Copy link]
Post time 8-6-2024 05:11 PM | Show all posts |Read mode
Peniaga makanan di Kangar dilarang guna bekas stirofoam, polisterin mulai 15 Julai


BERNAMA



FOTO HIASAN




Kangar: Semua premis kedai termasuk gerai dan penjaja makanan serta minuman dalam kawasan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dilarang menggunakan bekas makanan berasaskan stirofoam dan polisterin berkuat kuasa mulai 15 Julai ini.

Yang Dipertua MPK Affendi Rajini Kanth berkata, sekiranya peniaga gagal mematuhi arahan itu, mereka akan dikenakan tindakan mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 iaitu kompaun maksimum RM500 atau denda tidak melebihi RM2,000.

"Kegagalan peniaga mahupun pemilik premis mematuhi arahan ini boleh menyebabkan tindakan penguatkuasaan dikenakan terhadap mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.

Affendi berkata, larangan itu antara langkah memulihara alam sekitar untuk tempoh jangka panjang serta memastikan tahap kesihatan penduduk di Perlis sentiasa terjamin.

"Satu kajian menunjukkan bahawa bahan stirena dan benzin yang terdapat dalam polisterin boleh membawa kesan buruk kepada manusia termasuk gangguan sistem saraf di samping kesan kepada alam sekitar melalui penipisan lapisan ozon dan ia tidak boleh dikitar semula.

"Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan stirena sebagai bahan karsinogen kumpulan 2B iaitu agen penyebab kanser," katanya.



Disiarkan pada: Jun 8, 2024 @ 4:46pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 07:57 AM GMT+8 , Processed in 0.480592 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list