CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8597|Reply: 0

Euro 2024: Revolusi ‘generasi emas’ Belgium

[Copy link]
Post time 9-6-2024 10:49 AM | Show all posts |Read mode

BELGIUM melakukan sedikit revolusi terhadap ‘generasi emas’ mereka yang masih diletakkan harapan untuk meraih kejuaraan pertama. - AFP

DI atas kertas, skuad Belgium pada kempen Euro 2024 di Jerman kali ini sememangnya memiliki ramuan lengkap dalam memastikan matlamat pasukan untuk bergelar juara menjadi realiti.

Situasi ini kerana skuad Red Devils telah dicanang memiliki barisan pemain berbakat yang dianggap sebagai ‘generasi emas’ sejak penyertaan pada kempen Piala Dunia 2014 di Brazil lagi.

Selepas mengharungi tiga edisi Piala dunia dan dua edisi Euro, skuad ranking No. 3 ini masih gagal mencipta sebarang kejuaraan dengan ramai dalam kalangan pemain mereka kini sudah berusia 30-an.

Justeru, saingan di Jerman nanti boleh dianggap sebagai medan terakhir buat pasukan ’emas’ ini untuk membuktikan keupayaan sebenar selepas diundi dalam kumpulan F bersama Slovakia, Romania dan Ukraine.

Jika masih gagal, skuad Belgium akan dilihat mengulangi nasib malang pasukan ‘generasi emas’ England era 2000-an yang gagal menjuarai sebarang trofi meskipun memiliki ramai bintang berkelas dunia.

Di atas padang pula, Belgium bakal membariskan kesebelasan terbaik dengan pemain utama Manchester City yang juga kapten pasukan, Kevin de Bruyne selain penjaring terbanyak sepanjang zaman, Romelu Lukaku.

De Bruyne dan Lukaku antara 10 pemain yang sudah berusia 30-an yang masih diberi kepercayaan selain Jan Vertonghen, Axel Witsel, Thomas Meunier, Matz Sels, Koen Casteels, Thomas Kaminski, Yannick Carrasco dan Leandro Trossard.

Ketua Jurulatih Belgium, Domenico Tedesco juga dilihat mampu untuk memacu Belgium menjulang kejayaan di peringkat antarabangsa selepas melakukan beberapa keputusan agresif sejak tahun lalu.

Antara langkah pembaharuan yang ditekankan oleh Tedesco selepas dilantik selaku jurulatih bagi menggantikan Roberto Martinez adalah membuang ‘toksik’ dalam pasukan dan memberi ruang buat pemain muda.

Pemain yang memiliki sikap toksik yang dimaksudkan adalah penjaga gol Real Madrid, Thibaut Courtois yang sudah setahun tidak mewakili pasukan termasuk disisihkan pada kempen Euro kali ini.

Tedesco mengakui keputusan untuk tidak menyenaraikan Courtois adalah disebabkan sikap pemain itu yang mementingkan diri sendiri selain enggan memohon maaf selepas ‘bertikam lidah’ dengannya pada tahun lalu.

“Courtois sudah tetapkan pendiriannya sebelum ini dan berdasarkan laporan yang kami terima, dia juga belum bersedia untuk mengharungi kejohanan Euro 2024 memandangkan baru sahaja pulih daripada kecederaan lutut,” katanya.

Pencapaian terbaik mereka adalah berada di naib jura pada kempen 44 tahun lepas dan kali ini mereka kekal dicanang antara pasukan yang berpotensi untuk berada sekurang-kurangnya di peringkat separuh akhir.

PROFIL Belgium

PASUKAN : Belgium
GELARAN : Red Devils
KETUA JURULATIH : Domenico Tedesco
KAPTEN : Kevin de Bruyne
RANKING FIFA: 3
PENCAPAIAN TERBAIK: Naib juara (1980)

SENARAI PEMAIN

PENJAGA GOL
Koen Casteels (Wolfsburg)
Matz Sels (Nottingham Forest)
Thomas Kaminski (Luton Town)

PERTAHANAN
Jan Vertonghen (Anderlecht)
Zeno Debast (Anderlecht)
Thomas Meunier (Trabzonspor)
Timothy Castagne (Fulham)
Arthur Theate (Rennes)
Wout Faes (Leicester City)
Maxim De Cuyper (Brugge)

TENGAH
Axel Witsel (Atletico Madrid)
Arthur Vermeeren (Atletico Madrid)
Kevin De Bruyne (Man. City)
Youri Tielemans (Aston Villa)
Charles De Ketelaere (Atalanta)
Orel Mangala (Lyon)
Amadou Onana (Everton)
Aster Vranckx (Wolfsburg)

PENYERANG
Romelu Lukaku (AS Roma)
Yannick Carrasco (Al-Shabab)
Leandro Trossard (Arsenal)
Jeremy Doku (Man. City)
Lois Openda (RB Leipzig)
Dodi Lukebakio (Sevilla)
Johan Bakayoko (PSV)
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... erasi-emas-belgium/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-7-2024 08:45 AM GMT+8 , Processed in 0.398460 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list