View: 9096|Reply: 0
|
Euro 2024: Pemain bintang galas harapan Serbia
[Copy link]
|
|
SERBIA bakal turun untuk membuat penampilan sulung pada pentas Euro bersama pemain-pemain yang memiliki pengaruh besar dalam bola sepak di Eropah. - AFP
SAINGAN Euro kali ini pastinya bermakna buat Serbia apabila ia menjadi aksi debut mereka di kejohanan paling berprestij tersebut sejak mencapai kemerdekaan apabila sebelum itu mereka beraksi di bawah bendera Yugoslavia.
Sejak merdeka pada 2006 dan membawa jenama Serbia, skuad yang sinonim dengan gelaran The Eagles sudah tiga kali sekadar melengkapkan aksi tertinggi di peringkat kumpulan pada saingan Piala Dunia.
Selepas cemerlang di pentas kelayakan, Euro 2024 bakal dijadikan detik terbaik untuk Serbia menoktahkan tanda aras terbaik di pertandingan utama.
Pengendalinya, Dragan Stojkovic mempunyai reputasi hebat hingga digelar ikon bola sepak di negara itu dan magis jurulatih itu sekali lagi ditagih khususnya untuk menyiapkan pasukan yang mampu berikan saingan.
“Kami akan harungi satu demi satu prlawanan dan akan cuba mendapatkan keputusan sehabis baik. Kami melihat dua aksi menentang Slovenia dan Denmark sebagai perlawanan penting buat kami.
“Apa pun kami tiada pilihan lai kecuali perlu menyiapkan pasukan sehabis baik dan kekal bersedia untuk harungi ketiga-tiga perlawanan.
“Bagaimanapun saya melihat da aksi dengan Slovenia dan Denmark akan jadi penentu kepada masa depan kami di pertandingan ini,” katanya.
Berdasarkan bakat yang dimiliki, Serbia nyata tidak ketandusan pemain berkualiti dimana ramai daripada senarai skuad yang dipanggil kini beraksi di pentas utama Eropah.
Antara bintang yang menjadi taruhan adalah Aleksandar Mitrovic dan bintang Juventus, Dusan Vlahovic yang kini memiliki rekod agak baik, 33 gol dalam 75 penampilan dengan gergasi Itali berkenaan.
Tonggak veteran, Dusan Tadic juga dijangka akan memainkan peranan besar di jentera serangan Serbi yang turut memiliki beberapa lagi nama besar seperti Sasa Lukic, Luka Jovic dan Sergej Milinkovic-Savic.
Deretan bintang yang dimiliki Serbia membuktikan negara itu memiliki jentera serangan yang menakutkan buat pencabar lain namun yang merisaukan sekarang adalah aspek bertahan apabila melepaskan lapan gol dalam tiga perlawanan Piala Dunia 2022.
Pada penampilan Euro 2024 di Jerman kali ini, Serbia tiada pilihan lain kecuali segera perbaiki kelemahan di bahagian perahanan dan jika ia mampu dilakukan, The Eagles dilihat berpotensi untuk cipta kejutan.
INFO
JURULATIH: Dragan Stojković
GELARAN: The Eagles
PENCAPAIAN: Naib juara (1960,1968 ketika masih bergelar Yugoslavia)
RANKING: No. 33 dunia
KUMPULAN: C (England, Slovenia, Denmark)
SENARAI PEMAIN
PENJAGA GOL
Vanja Milinkovic Savic (Torino)
Dorde Petrovic (Chelsea)
Predrag Rajkovic (Mallorca)
PERTAHANAN
Strahinja Pavlovic (RB Salzburg)
Nikola Milenkovic (Fiorentina)
Srdan Babic (Spartak Moscow)
Milos Veljkovic (Werder Bremen)
Uros Spajic (Red Star Belgrade)
Nemanja Stojic (TSC Backa Topola)
TENGAH
Sasa Lukic (Fulham)
Nemanja Gudelj (Sevilla)
Nemanja Maksimovic (Getafe)
Ivan Ilic (Torino)
Srdan Mijailovic (Red Star Belgrade)
Sergej Milenkovic-Savic (Al-Hilal)
Dusan Tadic (Fenerbahce)
Lazar Samardzic (Udinese)
Vejko Birmancevic (Sparta Prague)
Filip Kostic (Juventus)
Andrija Zivkovic (PAOK)
Filip Mladenovic (Panathinaikos)
Mijat Gacinovic (AEK Athens)
PENYERANG
Aleksandar Mitrovic (Al-Hilal)
Dusan Vlahovic (Juventus)
Luka Jovic (AC Milan)
Petar Ratkov (RB Salzburg)
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... las-harapan-serbia/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|