View: 9643|Reply: 0
|
Gonzalez mengganas bantu Sepanyol belasah Ireland Utara
[Copy link]
|
|
PEDRI meraikan kejayaan meledak gol bersama rakan pasukan dalam perlawanan persahabatan menentang Ireland Utara. -FOTO AFP
Palma, Sepanyol: Pedri Gonzalez meledak dua gol untuk Sepanyol ketika mereka membelasah Ireland Utara 5-1 dalam perlawanan persahabatan terakhir menjelang Euro 2024.
Alvaro Morata, Fabian Ruiz dan Mikel Oyarzabal turut mencetak nama sebagai penjaring gol buat pasukan Luis de la Fuente di Mallorca dengan pemain sayap Nico Williams dan Lamine Yamal menjadi ancaman berbahaya di bahagian sayap.
Sepanyol berada dalam "kumpulan maut" Euro bersama Itali, Croatia dan Albania, menyasarkan untuk memenangi pertandingan itu buat kali keempat.
"Saya bekerja keras untuk berada dalam keadaan terbaik pada penghujung musim ini," kata Pedri.
Pemain utama itu mengalami kecederaan dalam sebahagian besar musim ini tetapi mencapai prestasi terbaik pada minggu-minggu terakhir kempen.
"Kecederaan adalah perkara paling teruk dalam bola sepak, sekarang saya sudah jauh lebih baik," sambung Pedri.
"Kami akan pergi untuk (Euro), dengan matlamat untuk menang."
Sepanyol sebelum ini membelasah Andorra 5-0 dalam perlawanan persahabatan awal minggu ini sebelum membelasah Ireland Utara.
Bagaimanapun pasukan pelawat terlebih dahalu mengejutkan Sepanyol apabila mendahului melalui Dan Ballard yang menanduk masuk sepakan percuma Caolan Boyd-Munce selepas dua minit beraksi.
Isaac Price hampir mendapat gol kedua sebelum Sepanyol kembali berada di landasan dan mengawal permainan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... lasah-ireland-utara |
|
|
|
|
|
|
| |
|