CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4055|Reply: 0

[Pulau Pinang] PRK Sungai Bakap: Jentera Kerajaan Perpaduan dilancar malam ini

[Copy link]
Post time 9-6-2024 04:03 PM | Show all posts |Read mode
PRK Sungai Bakap: Jentera Kerajaan Perpaduan dilancar malam ini

09 Jun 2024 03:21pm








Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Dr Mohammad Abdul Hamid ditemubual pemberita pada Program Klinik Bola Sepak dan Kenduri Kesyukuran Faisal Halim di Padang Mengkuang Titi, Penanti pada Ahad. Foto Bernama




BUKIT MERTAJAM - Jentera Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap akan dilancarkan malam ini.

Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata, beliau yakin Kerajaan Perpaduan mampu merampas semula kerusi Sungai Bakap yang pernah dikuasai Pakatan Harapan (PH) (sebelum ini Pakatan Rakyat) selama tiga penggal sejak 2008.



Beliau berkata, komitmen dan semangat perpaduan jitu mula dipamerkan oleh jentera gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi memastikan kemenangan.

Mohamad berkata persiapan awal telah dibuat Kerajaan Perpaduan bermula dengan mesyuarat pada 25 Mei lepas bagi membentuk jawatankuasa berkaitan diikuti satu mesyuarat pada 3 Jun lepas yang dihadiri oleh semua pimpinan dalam gabungan Pakatan Harapan yang dipengerusikan Pengerusi PH Negeri Chow Kon Yeow.

"Malam ini kita akan adakan majlis pelancaran jentera pilihan raya Perpaduan oleh Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli, yang akan dihadiri semua pimpinan utama negeri serta pusat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Klinik Bola Sepak dan Kenduri Kesyukuran untuk Faisal Halim di Mengkuang Titi, di sini pada Ahad.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai depan sebagai hari mengundi bagi PRK Sungai Bakap dan 22 Jun hari penamaan calon manakala pengundian awal ditetapkan pada 2 Julai.

PRK Sungai Bakap bakal diadakan susulan kematian penyandang, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

Pada PRN lepas, Nor Zamri yang merupakan Yang Dipertua PAS Nibong Tebal menewaskan calon PH Nurhidayah Che Ros dengan majoriti 1,563 undi. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-9-2024 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.262140 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list