CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4294|Reply: 0

[Pulau Pinang] Jurujual aksesori telefon ditahan bersama dadah bernilai lebih RM400,000

[Copy link]
Post time 10-6-2024 01:51 PM | Show all posts |Read mode
Jurujual aksesori telefon ditahan bersama dadah bernilai lebih RM400,000

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

10 Jun 2024 01:20pm




Razlam (tiga dari kiri) menunjukkan peket merah jambu yang mengandungi serbuk MDMA.




GEORGE TOWN - Seorang jurujual aksesori telefon ditahan bersama pelbagai jenis dadah bernilai RM400,428 di sini dalam Ops Tapis pada 7 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan pada jam 7 malam di sekitar kawasan bandar ini.



Menurutnya, hasil pemeriksaan menjumpai satu peket plastik lut sinar mengandungi 1.22 gram ketamin bernilai RM240, satu kad akses dan serangkai kunci.

"Susulan daripada tangkapan itu, suspek telah membawa polis ke sebuah rumah di Paya Terubong, Air Itam pada jam 7.45 malam, hari sama. Di rumah tersebut, kita menjumpai 121 peket plastik berwarna merah jambu.

"Di dalam kesemua peket plastik itu mengandungi 2.38 kilogram dadah methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) bernilai RM397,960. Selain itu, kita menjumpai 10.94 gram ketamin bernilai RM2,188 dan satu foil aluminium mengandungi dua pil eramin bernilai RM40," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang pada Isnin.
Razlam menambah, kesemua dadah berkenaan untuk pasaran di sekitar bandar ini.


Sebuah kereta Honda City turut disita daripada suspek.




"Suspek bergerak sendirian yang mana, dia membungkus dadah berkenaan ke dalam peket kecil. Suspek aktif sejak April lalu. Suspek menjual dadah berkenaan antara RM100 hingga RM200 sepeket.




"Ujian saringan air kencing suspek positif pelbagai jenis dadah dan dia juga mempunyai rekod jenayah melibatkan kesalahan dadah," tambah beliau lagi.

Kata Razlam, polis turut menyita sebuah kereta Honda City bernilai RM75,000.

"Jumlah keseluruhan sitaan dan nilai dadah ialah RM475,428. Suspek direman tujuh hari sehingga 14 Jun ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya lagi.

Jurujual aksesori telefon ditahan bersama dadah bernilai lebih RM400,000 - Sinar Harian


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-9-2024 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.051226 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list