CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3826|Reply: 0

[Pulau Pinang] 12 saham syarikat Malaysia paling baik di Asia Tenggara - Rafizi

[Copy link]
Post time 10-6-2024 02:12 PM | Show all posts |Read mode
12 saham syarikat Malaysia paling baik di Asia Tenggara - Rafizi

10 Jun 2024 11:52am




Rafizi berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap di sini, malam Ahad. Foto Bernama




NIBONG TEBAL - Sebanyak 12 syarikat Malaysia telah disenaraikan dalam 15 saham syarikat yang mencatatkan prestasi paling baik di Asia Tenggara untuk tempoh lima bulan pertama tahun ini, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Beliau berkata, pemantau ekonomi telah menyenaraikan 15 saham syarikat yang mencatatkan keuntungan paling mendadak di Asia Tenggara dan 12 daripadanya merupakan syarikat Malaysia, sekali gus menunjukkan negara kembali berada di landasan baik di bawah pemerintahan Kerajaan Perpaduan.



"Kestabilan politik sudah ada, mata wang Malaysia juga antara paling baik pada tahun ini dari segi pengukuhan dan dengan unjuran ini, negara kita dijangka akan terus menjadi negara yang berpotensi di Asia Tenggara.

"Kita mula melihat tanda-tanda ekonomi yang semakin baik. Jika ini berterusan, unjuran menjelang 2027, 2028, Malaysia boleh diiktiraf dan diumumkan sebagai sebuah negara maju yang baharu,” katanya dalam ucapan pada Majlis Pelancaran Jentera Perpaduan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di sini malam Ahad.

Mengenai harga minyak dan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel, beliau yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, dahulu, harga minyak sebanyak RM1.90 dan subsidi kerajaan berjumlah RM3 bilion daripada bajet bernilai lebih RM200 bilion.

"(Tetapi) sekarang, subsidi berjumlah RM60 bilion, harga minyak mentah AS$80. Saya sebut dahulu, kalau harga minyak mentah rendah dan subsidi masih boleh ditanggung, kenapa hendak hapuskan subsidi.

"Sekarang, apabila subsidi telah mencecah RM60 bilion, nak buat sekolah tak boleh, naik gaji tak boleh dan subsidi yang harga rendah itu yang dapatnya orang kaya, bukankah lebih baik (jika) kita alihkan subsidi itu.

"Maksudnya, subsidi itu terus diberi kepada kenderaan awam, lori kecil, peniaga, malah orang biasa asalkan ada kenderaan diesel dan mereka yang berpendapatan bawah RM100,000 setahun pun dapat RM200 sebulan,” katanya.




Rafizi berkata, pelaksanaan penyasaran subsidi diesel juga membantu kerajaan mengagihkan subsidi tersebut kepada keluarga yang memerlukan secara bulanan berbanding membayar berbilion ringgit kepada syarikat minyak.

Semalam, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengumumkan harga diesel di semua stesen runcit Semenanjung ditetapkan pada kadar RM3.35 bagi setiap liter iaitu harga pasaran tanpa subsidi bermula 12.01 tengah malam tadi.

Di bawah Budi Madani, bantuan tunai RM200 sebulan diberikan kepada pemilik kenderaan diesel persendirian bagi individu, petani kecil dan pekebun kecil komoditi. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 08:11 AM GMT+8 , Processed in 0.371005 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list