View: 2869|Reply: 0
|
Sarjit puji prestasi Faris, Azimuddin
[Copy link]
|
|
SKUAD hoki negara rai jaringan ketika menentang Austria. FOTO MHC.ORG
Kuala Lumpur: Ketua jurulatih Speedy Tigers, Sarjit Singh melihat dua pemain muda negara, Muhamad Faris Harizan dan Azimuddin Syakir Kamaruddin mempunyai masa depan cukup baik selepas mereka berjaya memberikan aksi cemerlang di saingan Piala Negara-Negara di Gniezno, Poland.
Jelasnya, Azimuddin,18, dan Fariz Harizan, 21, berjaya menarik perhatian pihak kejurulatihan ketika diberikan peluang untuk bermain dan mereka berjaya membalas kembali kepercayaan itu dengan memberikan persembahan sangat baik.
Meskipun Azim antara pemain paling muda dalam skuad hoki negara namun pengalaman bekas ketua pasukan remaja negara itu termasuk pernah beraksi di Piala Dunia Remaja tahun lepas membolehkan dia beraksi dengan cemerlang di posisi penyerang sementara Faris Harizan juga antara prospek yang boleh menggantikan pemain di senior di posisi pertahanan.
"Saya melihat dua pemain muda menyerlah dan konsisten sepanjang kejohanan ini. Muhamad Faris Harizan dan Azimuddin Syakir Kamaruddin, mereka bermain dengan cukup baik," katanya.
Sementara itu, Sarjit berpendapat skuad kendaliannya mempunyai kekuatan untuk mendapatkan jaringan namun masih terdapat beberapa kekurangan yang harus di perbetulkan terutama di sistem pertahanan.
Perkara itu sering terjadi sepanjang kejohanan itu termasuk dalam perlawanan penentuan tempat ketujuh dan kelapan dalam kempen Piala Negara-Negara 2024 di Gniezno, Poland, semalam.
Meskipun menang 5-4 ke atas Austria, tetapi masih ada kesilapan berulang terjadi dalam pasukan bimbingannya.
"Untuk menjaringkan lima gol memang kami berpuas hati. Tetapi agak mengecewakan apabila kami melepaskan tiga gol setelah mendahului 5-1. Penyakit ini perlu dihentikan dan diperbaiki segera.
"Secara keseluruhan di kejohanan ini kami mampu untuk menjaringkan gol dengan jumlah yang banyak dan kami sentiasa bermula baik pada awal permainan. Pasukan juga melihat ke depan untuk membuat penambahbaikan segala kelemahan yang ada pada kehohanan ini," katanya.
Tugasan seterusnya anak buah Sarjit ialah Trofi Juara-Juara Asia di Inner Mongolia, China dari 8 hingga 17 September ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... asi-faris-azimuddin |
|
|
|
|
|
|
| |
|