View: 3508|Reply: 0
|
Josue minta rakan kawal ‘ghairah’
[Copy link]
|
|
JOSUE mengakui langkah pertama yang perlu dilakukan skuad negara adalah meledak gol pertama sebelum memikirkan mengenai kemenangan besar. - FB FAM
PENGGEMPUR skuad Harimau Malaya, Paulo Josue menyeru agar barisan pemain tidak terlalu ghairah sehingga memberi tekanan kepada diri sendiri menjelang perlawanan getir bertemu Taiwan pada aksi terakhir Kumpulan D malam ini.
Sebagai rekod, jentera serangan negara perlu berada pada tahap optimum dalam usaha melakar kemenangan besar bagi mencerahkan peluang ke pusingan kelayakan ketiga Piala Dunia 2026 nanti.
Menurut Josue, tempoh awal perlawanan menjadi detik penting buat pasukan untuk ‘pecah telur’ sebelum boleh memikirkan lebih jauh mengenai kemenangan besar.
“Sebagai pemain di posisi serangan, sudah tentu agak sukar untuk kami mendapatkan jaringan besar seperti 5-0, 6-0, atau 7-0, tetapi dalam masa sama kita perlu yakin dan memberikan yang terbaik.
“Apa yang pasti, kita tidak boleh sia-siakan peluang yang ada dan jika pasukan dapat meraih satu gol awal lebih bagus. Kemudian barulah kita fikir langkah seterusnya,” katanya pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.
Sementara itu, kapten Kuala Lumpur City (KL City) itu turut mengakui bukan tugas mudah untuk memacu jentera serangan Harimau Malaya tanpa kelibat dua pemain sensasi, Arif Aiman Hanapi dan Faisal Halim.
“Beraksi tanpa kehadiran Arif Aiman dan Faisal bukan perkara yang mudah kerana mereka bijak membuka ruang dan peluang. Namun, saya percaya barisan pemain yang ada kita mampu melakar kemenangan.
“Lebih baik kita fokus satu persatu bagi mendapat keputusan yang diharapkan dan kemudian kita tunggu Oman untuk menang ke atas Kyrgyzstan,” kata pemain naturalisasi kelahiran Brazil itu.
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... akan-kawal-ghairah/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|