View: 5072|Reply: 12
|
[Dunia]
‘Mayat’ hidup semula, lari 3 kilometer pulang ke rumah’
[Copy link]
|
|
‘Mayat’ hidup semula, lari 3 kilometer pulang ke rumah- Oleh KOSMO
- 13 Jun 2024, 6:30 pm
Prueang berlari pulang ke rumahnya sejauh 3 kilometer dalam keadaan tidak berbaju dan berkaki ayam. – PPTV HD
BANGKOK – Seorang lelaki dari rantau Isaan berlari pulang ke rumahnya sejauh 3 kilometer dalam keadaan tidak berbaju dan berkaki ayam setelah kembali bernyawa selepas disahkan meninggal dunia, lapor laman berita Thaiger kelmarin.
Anggota penyelamat daripada Yayasan Menyelamat Sawang Arom, Worrasethtakorn Sakdasakunkunakorn berkata, lelaki berusia 59 tahun itu dikenali sebagai Prueang Enmak.
Kata Worrasethtakorn, pasukan penyelamat bergegas ke rumah Prueang selepas menerima laporan ahli keluarganya mengatakan bahawa dia rebah dan tidak sedarkan diri.
Sejurus tiba, petugas kecemasan memberikan bantuan penafasan kepada Prueang meskipun lelaki itu sudah tidak bernafas.
Kira-kira 20 minit kemudian, Prueang kembali bernyawa dan pasukan kecemasan membuat keputusan untuk membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Semasa berada di dalam ambulans, Prueang tiba-tiba mengamuk dan mahu pulang ke rumah.
Seorang jururawat cedera ringan ketika cuba menahannya.
Lelaki itu keluar daripada ambulans dan mengancam petugas kecemasan menggunakan kayu agar mereka tidak menghalangnya.
Prueang seterusnya berlari sejauh 3 kilometer sehingga dia tiba di rumahnya, menyebabkan keluarganya terkejut.
Ketika menjelaskan perkara itu kepada media tempatan, Prueang berkata, dia berasa penat selepas berlari sejauh itu dan hairan bagaimana dia berupaya bertindak demikian.
Namun ujarnya, dia ketika itu hanya berfikir mahu segera sampai ke rumah, dan bukannya hospital. – AGENSI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ah pulak dah |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti dia panic fikir ni kalau sampai spital boleh2 ditidurkan terus. |
|
|
|
|
|
|
|
Nohh
Saka dia lambat masuk seru
Amek masa 20 minit baru dapat system activation |
|
|
|
|
|
|
|
Gilerr ah , ni baru betol mati hidup semula |
|
|
|
|
|
|
|
mujur masih berseluar |
|
|
|
|
|
|
|
Ye la kang kalau sampai spital hada potensi mati betul2 'terbunuh' pulok if uols get what ai mean. |
|
|
|
|
|
|
|
Tentu ada penjelasan yang saintifik tentang ni. Lama kot,20 minit sedar semula slps bantuan perubatan. Ke media salah report? |
|
|
|
|
|
|
|
dalam gambar tu dia ke? mcm terlebih sado utk lelaki umur 69 tahun |
|
|
|
|
|
|
|
klu konoha istilah mati suri. Adakah dia ada masalah degupan jantung? mgkn dia tkt ke hospital sbb bayaran hospital mahal maybe? |
|
|
|
|
|
|
| |
|