CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3514|Reply: 0

[Pulau Pinang] Ejen insurans ugut bunuh pelanggan ditahan

[Copy link]
Post time 14-6-2024 12:41 PM | Show all posts |Read mode
Ejen insurans ugut bunuh pelanggan ditahan

14 Jun 2024 12:06pm








Polis menahan seorang ejen insurans bagi membantu siasatan berhubung kes ugutan bunuh terhadap pelanggannya di Bayan Lepas di sini dalam kejadian pada Ahad lepas.Gambar hiasan (Foto 123rf)




BALIK PULAU - Polis menahan seorang ejen insurans bagi membantu siasatan berhubung kes ugutan bunuh terhadap pelanggannya di Bayan Lepas di sini dalam kejadian pada Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan pada Rabu susulan laporan polis dibuat oleh mangsa yang merupakan seorang penghantar makanan.



"Lelaki berusia 28 tahun itu membuat laporan polis pada Rabu dan memaklumkan dia menghubungi ejen tersebut kerana mahu membatalkan polisi insurans berikutan tidak mampu untuk membayar serta tidak lagi berminat untuk meneruskannya.

"Ejen itu mengugut untuk membunuh mangsa jika dia membatalkan polisi insurans tersebut dan suspek juga memaklumkan akan membayar polisi insurans lelaki itu bagi tempoh tiga bulan supaya cukup tempoh satu tahun melanggan polisi insurans berkenaan," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Kamarul Rizal berkata, suspek turut mengugut mangsa sekiranya mendapat tahu lelaki itu ke pejabatnya untuk membatalkan insurans.

Menurutnya, ejen insurans itu kini direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.053982 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list