CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2014|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pemenang cadang wujudkan Mahkamah Perlembagaan

[Copy link]
Post time 14-6-2024 04:48 PM | Show all posts |Read mode
Pemenang cadang wujudkan Mahkamah Perlembagaan

OlehMOHD ISKANDAR OTHMAN

14 Jun 2024 04:02pm








Mohd Yussof




GEORGE TOWN - Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) mencadangkan agar kerajaan mewujudkan Mahkamah Perlembagaan bagi menangani isu-isu yang berkaitan tidak menghormati Perlembagaan Malaysia dengan segara dan serius.

Presidennya, Tan Sri Dr Mohd Yussof Latiff berkata, mengambil contoh polemik Program Dwibahsa (DLP) yang dibangkitkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah Cina di negeri ini, ia jelas mencabar kedaulatan Bahasa Kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia.



Menurutnya, menerusi ketetapan itu jelas menyatakan bahawa bahasa Melayu ialah Bahasa Kebangsaan yang bukan sahaja wajib dipelajari tetapi juga dihormati dan diperkasakan.

"Tidak ada kompromi dalam hal ini. Ekoran isu PIBG Sekolah Cina bantah Bahasa Melayu dalam DLP ia mencetuskan pandangan bahawa kumpulan ini tidak menghormati Perkara 152 dalam Perlembagaan Malaysia.

"Kes DLP ini menambah lagi rekod pihak yang tidak menghormati Perlembagaan Malaysia malah kita dapati semakin banyak berlaku pada masa ini.

"Ditambah pula dengan perdebatan di media sosial menjadikan Perlembagaan yang patut dihormati namun dipersendakan dan mungkin akan menggugat keharmonian negara," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Mohd Yussof berkata, bagi mengelak ia terus parah maka amat mendesak sekali satu mekanisme difikirkan untuk membendung usaha-usaha mempermainkan Perlembagaan Malaysia.

Ujarnya, kerajaan perlu mengambil tindakan tegas kepada mereka yang tidak menghormati Perlembagaan Malaysia termasuk membawa mereka ke muka pengadilan.




"Namun proses ini sangat lambat kerana mahkamah punya pelbagai tugas yang perlu dilaksanakan. Masa untuk membicarakan kes-kes tidak menghormati Perlembagaan sangat terhad.

"Disebabkan itu, sesetengah masyarakat berpendapat tidak salah mempersendakan Perlembagaan Malaysia kerana tidak ada hukuman yang jelas," katanya.

Sementara itu, Mohd Yussof mencadangkan mereka yang didakwa dan didapati bersalah di Mahkamah Perlembagaan hendaklah di kenakan hukuman mandatori penjara atau di buang daerah atau digantung kerakyatan.

Jelasnya, Mahkamah Perlembagaan bukan sesuatu yang asing kerana lebih kurang 85 buah negara di dunia yang telah punya Mahkamah Perlembagaan untuk memelihara keharmonian masyarakat dan memperkuatkan pentadbiran dan pengurusan negara.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.053377 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list