CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3825|Reply: 0

[Pulau Pinang] Jenazah pendaki Gunung Denali tiba di tanah air

[Copy link]
Post time 15-6-2024 11:57 AM | Show all posts |Read mode
Jenazah pendaki Gunung Denali tiba di tanah air


BERNAMA



Ahli keluarga Allahyarham Zulkifli Yusuf membaca doa setibanya jenazah di Kompleks Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), hari ini. FOTO BERNAMA



Georgetown: Jenazah pendaki Malaysia Allahyarham Zulkifli Yusuf, 37, yang meninggal dunia semasa menyertai ekspedisi pendakian di Gunung Denali, Alaska, Amerika Utara, selamat tiba di tanah air, pagi tadi.

Pesawat kargo Korean Airlines (KE373) yang membawa jenazah Allahyarham, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) Bayan Lepas, di sini, pada 8.42 pagi.

Jenazah Allahyarham diterbangkan pulang ke tanah air pada 7.15 pagi Rabu (waktu tempatan), dengan penerbangan transit di Los Angeles dan Incheon, Korea Selatan.

Van jenazah dilihat memasuki perkarangan Kompleks Kargo Udara Bayan Lepas pada 8.37 pagi dan keluar meninggalkan kompleks kargo pada 10 pagi, untuk dibawa ke kampung halaman Allahyarham di Taiping, Perak bagi urusan pengebumian.

Turut mengiringi perjalanan terakhir Zulkifli ialah bapanya Yusuf Abdullah, adik, saudara-mara dan rakan, serta wakil Kelab Jelajah Alpine Malaysia (ACM).

Jenazah anak sulung daripada lima beradik itu, dibawa ke rumah keluarga di Kampung Temerlok sebelum disembahyangkan di Masjid Al Mahmudiah Kampung Temerlok, Trong dan dijangka dikebumikan selepas solat Zohor.

ACM sebelum ini memaklumkan proses membawa pulang jenazah dilakukan dengan kerjasama syarikat insurans, ejen pengurusan jenazah, Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) dan wakil Kelab Jelajah Alpine.

Pada 1 Jun lalu, ACM memaklumkan seorang daripada tiga pendaki rakyat Malaysia yang terkandas pada ketinggian 19,700 kaki di Gunung Denali, Alaska sejak 28 Mei lalu ketika membuat pendakian di gunung tertinggi di Amerika Utara itu, dilaporkan meninggal dunia.

Kelab berkenaan memaklumkan Zulkifli meninggal dunia pada 6 pagi, 29 Mei (waktu tempatan), semasa berlindung di gua salji yang dikenali sebagai Football field.



Disiarkan pada: Jun 15, 2024 @ 11:36am






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-9-2024 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.053991 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list