CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3743|Reply: 0

[Pulau Pinang] Gangguan bekalan air di Mukim 5 Sungai Bakap sedang diatas - PBAPP

[Copy link]
Post time 15-6-2024 02:08 PM | Show all posts |Read mode
Gangguan bekalan air di Mukim 5 Sungai Bakap sedang diatas - PBAPP


Nur Izzati Mohamad[email protected]




Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), K Pathmanathan ditemui media pada majlis Pembukaan Rasmi Modul DAF 10 Juta Liter Sehari (JLH) Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Panchor. FOTO DANIAL SAAD





Nibong Tebal: Masalah gangguan bekalan air dihadapi kira-kira 1,500 akaun pengguna di Mukim 5 Sungai Bakap, di sini, kini diatasi melalui projek pembangunan loji pengapungan udara terlarut (DAF) di Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Panchor.

Projek baharu menelan kos RM18.6 juta itu disiapkan pada Disember lalu dan kini kerja-kerja pelarasan sedang dijalankan termasuk mendapatkan lebih banyak sumber air dalam memastikan masalah dihadapi penduduk dapat diselesaikan sepenuhnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) Ir K Pathmanathan berkata, pihaknya menyedari masalah gangguan bekalan air di Seberang Perai Selatan khususnya Mukim 5 bukan isu baharu kerana sudah berlarutan sejak lima hingga enam tahun lalu.

"Ini memandangkan kawasan di sana (Mukim 5) kedudukannya tinggi dan apabila waktu puncak terutama musim perayaan masalah (ketiadaan air dan tekanan rendah) akan berlaku.

"Apa yang kita (PBAPP) buat sekarang adalah bina DAF di LRA Bukit Panchor dan ia sudah enam bulan siap, namun memerlukan masa untuk buat pelarasan dan kawalan injap yang prosesnya sedang berlangsung dari semasa ke semasa.

"Kita juga bersedia apabila menubuhkan 'task force' di Sungai Bakap untuk pemantauan setiap hari dan mengikut info masalah (gangguan bekalan air di Mukim 5) semakin selesai serta ada penambahbaikan (daripada sebelum ini)," katanya.

Beliau berkata demikian selepas pembukaan rasmi modul rawatan air DAF baharu di LRA Bukit Panchor yang disempurnakan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Pathmanathan berkata, projek baharu itu juga menghasilkan tambahan 10 juta liter sehari (JLH) di kawasan terjejas dan usaha berterusan menambah kapasiti air sedang dijalankan susulan sosio ekonomi yang semakin pesat di daerah Seberang Perai Selatan.

"PBAPP membekalkan lebih banyak air berbanding sebelum ini, tetapi masih terdapat isu bekalan air berlaku di daerah ini.

"Selepas DAF, akan ada dua lagi projek tindakan (yang akan dijalankan tahun ini) bagi meningkatkan kapasiti air di daerah itu antaranya Pakej 12A LRA Sungai Dua menjelang Julai 2024 dan LRA 'Kompak' di Sungai Kerian menjelang Disember 2024.

"Bagi Projek Air Perak Pulau Pinang, kita berharap Kerajaan Pulau Pinang dapat menandatangani perjanjian dengan Kerajaan Perak secepat mungkin bagi membolehkan pelaksanaan Projek Air Perak-Pulau Pinang menjelang 2030," katanya.



Disiarkan pada: Jun 15, 2024 @ 1:54pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-9-2024 09:58 PM GMT+8 , Processed in 0.495013 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list