Edited by kruzaman at 15-6-2024 09:33 PM
SEO adalah singkatan perkataan untuk ‘Search Engine Optimization’ yang bermaksud mengoptimunkan carian enjin internet terutamanya di Google dengan menggunakan keyword atau perkataan yang ada kaitan dengan sesuatu perniagaan yang anda lakukan.
Ianya bertujuan menarik trafik yang mencari menggunakan ‘search text’ menjumpai perniagaan anda pada muka hadapan melalui penulisan kandungan SEO.
Kelebihan SEO ini boleh diumpamakan seperti anda berada di sebuah lubuk yang belum diusik, dihuni 'kelisa emas' bersaiz besar yang tinggi nilai pasarannya.
Sekiranya anda ingin menangkapnya hidup-hidup, anda perlu mendapatkan data terperinci mengenai habitat semula jadinya.
Apabila data-data diperolehi, sudah tentu ianya akan memudahkan lagi anda membuat perancangan bagi menariknya keluar dari lubuk tersebut dan masuk ke dalam perangkap yang telah anda sediakan.
Inilah yang dikatakan SEO, data-data yang ada bakal dijadikan senjata untuk menarik prospek sebagaimana anda ingin menarik ikan kelisa emas tadi datang kepada anda.
Baca selanjutnya di Malaysia SEO
|