CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: shahrizal2009

terserempak dengan hantu

[Copy link]
Post time 11-12-2012 12:49 PM | Show all posts
mak oih kepala kebelakang lutut dekat depan? kepala dia berpusing ke apa? gilaa seram TT...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2012 01:08 PM | Show all posts
arghhh seramnya..dr td dok pndg kri knan jek walhal siang2 buta
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2012 02:58 PM | Show all posts
garyura posted on 10-12-2012 10:06 PM
aku pun nak mintak kebenaran tuan rumah nak kongsi cerita hantu area kedah..yg ni aku copy dari face ...

erk.. yang ni seram gilerrrr....
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2012 03:25 PM | Show all posts
pernah kene time kat jelapang berlawan ngan mamat naik motor full face..... baru kul 10 jln lengang cam pukul 3 pg
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2012 03:31 PM | Show all posts
Tt,area tt lalu tu jalan utama saya kepekanAlor Setar dari kampung..xpernah pulak saya nampk apa-apa..tapi adik saya selalu balik kerja malam malam dari alor setar...kerap juga dia  merempit kat jalan depan sekolah agama Pondok Pak Man dengan makhluk tak de kepala naik moto kapcai di situ..

Jejeng...

Jalan Jeniang Sik Baling memang keras.jangan mainmain woooo..

Driver lori dan orang kampung memang dah biasa.agaknya hantu situ ganggu orang luar aje.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2012 03:33 PM | Show all posts
Dari Jeniang ke Batu Lima ,Ada satu kawasan bernama Jentayu..paling keras.kalau lalu di situ memalam hati-hati ya..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-12-2012 03:33 PM | Show all posts
Dari gurun ke Batu Lima ,Ada satu kawasan bernama Jentayu..paling keras.kalau lalu di situ memalam hati-hati ya..

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 04:36 PM | Show all posts
As salam rakan-rakan …walaupun dah lama dan tiada kepastian samada TT masih senantiasa online di sini. Saya ingin berkongsi satu kisah berkenaan kisah yang saya alami sendiri. Tiada copy paste dari mana blog/website@facebook. Saya bekerja di sebuah Kilang di Kulim Hi tech….oleh kerana kesihatan ibu yang kurang memberangsangkan saya dan isteri berpindah kembali ke kg halaman dari pulau pinang. Setiap hari saya akan berulang-alik dari Alor Setar – Kulim Hi Tech dimana saya berkerja Shif 7 AM – 7PM @ 7PM – 7AM.

Jika kerja shif pagi, saya akan bangun seawall jam 4 AM untuk bersiap dan akan bertolak sebelum jam 5 AM. Mungkin rakan-rakan former sekelian tertanya- tanya kenapa saya bertolak terlalu awal bukan? Ianya kerana perjalanan yang agak jauh dan saya lebih suka keluar lebih awal agar tidak terlalu tergesa-gesa memandu. Selalunya saya akan menggunakan Highway PLUS Alor Setar – Bertam dan akan melalui Tasik Gelugor- Lunas-Kulim Hitech. Saya akan tiba di bertam pada kebiasaan jam 6 AM seiring dengan laungan azan Subuh.
Kisahnya bermula begini, pada hari kejadian, saya seperti kebiasaanya bangun seawal pukul 4 AM.Bersiap , panaskan enjin kereta serta isteri membekalkan air panas untuk perjalanan saya ke tempat kerja agar dapat menemani saya didalam perjalanan disamping dapat membantu menyegarkan mata yang masih rindukan tidur yang lelap. Saya memasuki lebuhraya utara selatan menghala ke susur keluar Bertam. Sesampai di Gurun  hujan mulai turun renyai, saya masih utuh memandu ditemani teh o panas disulami dengan hembusan asap rokok. Saya masih membuka tingkap agar udara nyaman di pagi hari dapat menyegarkan saya.

Takkala melepasi RnR Gurun, saya mendengar bunyi seperti ada seseorang di bahagian belakang penumpang. Tersentak dari itu, saya membuka radio dengan alunan ayat suci Al-Quran. Bertam masih jauh untuk saya sampai ke destinasi, saya cuba bertahan dengan menganggap ianya hanya sekadar mainan perasan. “Arrrrrrghhh……’ suara seorang perempuan jelas kedengaran di bahagian penumpang.”Astaga…’bisik saya didalam hati, tiada apa yang mampu saya lakukan selain daripada hanya mampu menoleh ke side mirror untuk melihat jikalau ada sesiapa dibelakang. Dengan sedikit keberanian dan Tawakal kepada Yang Maha Esa, saya menjeling ke side mirror. Kelihatan Susuk tubuh seorang perempuan dengan mengendong sesuatu yang tidak jelas kelihatan.’Astafirullahhala’zzim’ hanya itu yang mampu keluar dari mulut seorang hamba Allah SWT yang serba naif ini. Selepas sahaja saya melihat perempuan itu, jelas kedengaran suara tangisan yang mendayu membuatkan saya lebih seram dan gelisah. Saya cuba untuk memberanikan diri.
Saya meneruskan perjalanan dengan kelibat perempuan dan suara tangian masih kedengaran. Kelajuan ditambah kerana sebagai insan yang naif dan masih kurang ilmu dunia dan akhirat saya masih gagal untuk menyembunyikan rasa takut yang menyelubungi diri saya. Takkala saya melalui Sungai Petani Selatan tiada lagi suara tangisan tapi diganti dengan gelak tawa halus yang menyeramkan dengan kelibat perempuan itu masih jelas kelihatan. Saya memperlahankan permanduan kerana saya sudah hampir hilang keberanian dan fokus memandu. Alunan ayat suci masih belum mampu menghalau kelibat itu untuk keluar dari kereta saya. Dalam sepuluh minit kemudian saya tib di Tol Bertam, ketika itu baru kelibat itu hilang dari pandangan. ‘Alhamdulillah’ hanya itu yang mampu keluar dari bibir saya. Saya memberhentikan kenderaan untuk seketika ,Subuh masih belum masuk ketika itu kerana cara permanduan yang melebihi had seketika tadi.

Selepas 5 minit berhenti , saya kembali meneruskan perjalanan.Jam menunjukan pukul 5AM. Waktu Subuh sekitar 5:40AM pada ketika itu. Saya menoleh kebelakang dan dengan senang hati tiada lagi kelibat tadi. Saya meneruskan perjalanan menuju ke Tasik Gelugor, kepada sesiapa yang pernah melalui jalan ini, selepas Stesen Minyak Buraq Oil saya harus melalui jalan terus di temani kelapa sawit di kiri dan kanan sebelum sampai di simpang 3 Tasik Gelugur. Selepas Buraq Oil saya menelefon isteri saya dengan keadaan jalan yang cukup lenggang hanya saya di jalanraya.
Diantara perbualan diantara saya dan isteri:
Saya:  ‘As salam Ayang’..
Isteri: “Wasalam abang, dah sampai mana nih?
Saya: Abang dah menuju ke Tasik Gelugor nih..
Isteri: Abang memandu ke?
Saya: “Ya, tengah memandu ni tapi abang guna hand free, kenapa ayang?
Isteri: Siapa yang tengah bercakap tu? Macam suara perempuan jer?
Saya: ‘Huh? Perempuan mana pulak ayang nih, buat abang suspen ja..abg sorang la nak ada sapa plak? Abang xdengar apa pun , radio pun tak buka.
Isteri: ‘Ada lah abang, kejap-kejap menangis, kejap-kejap ketawa, kejap-kejap bercakap. Abang cari tempat yang cerah sikit kalau boleh berhenti kat masjid mana-mana yang berdekatan.
Saya: ‘Hmmm tak apalah sayang, nanti abang sampai abang call balik.

Saya tetap meneruskan perjalanan sehingga simpang 3 Tasik Gelugor dan berhenti berdekatan Balai Polis selepas simpang tersebut. 5 minit kemudian ada seorang anggota Polis menghampiri saya dan bertanya hala tuju saya dan kenapa kelihatan gelisah. Saya memberitahu yang saya dalam perjalanan ke Kulim Hitech dan berhenti seketika untuk menghilangkan mengantuk. Tapi saya tak dapat menyembunyikan wajah gelisah dan takut saya. Anggota Polis itu terus bertanya kepada saya jika saya ada apa-apa masalah. Akhirnya saya menceritakan kejadian yang saya alami sebentar tadi. Anggota tersebut menasihatkan saya agar berehat seketika dan memperbanyakan membaca ayat-ayat suci Al-Quran kerana mungkin makhluk itu masih mengekori saya. Katanya tawakal lah kepada Allah SWT dang tingkatkan keyakinan kepadaNya , In shaa Allah makhluk itu akan hilang dan pergi begitu sahaja kerana ia hanya dating untuk menakutkan anak Adam sahaja. Slepas azan Subuh baru saya mempunyi kekuatan untuk meneruskan perjalanan ke tempat kerja dan Alhamdulillah saya selamat sampai.
Ini hanyalah salah satu dari pengalaman saya selama 5 tahun bekerja dan menggunakan jalan tersebut, sehingga sekarang saya masih mengingati setiap peristiwa yang saya lalui. Jika ada kelapangan akan saya kongsikan bersama forumer sekelian. In shaa Allah. Maaf saya ucapkan jika penceritaan yang kurang memberangsangkan serta tidak mendatangkan seram kepada pihak tuan/puan , niat saya hanyalah sekadar untuk berkongsi sahaja.Terima kasih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2015 04:39 PM | Show all posts
As salam rakan-rakan …walaupun dah lama dan tiada kepastian samada TT masih senantiasa online di sini. Saya ingin berkongsi satu kisah berkenaan kisah yang saya alami sendiri. Tiada copy paste dari mana blog/website@facebook. Saya bekerja di sebuah Kilang di Kulim Hi tech….oleh kerana kesihatan ibu yang kurang memberangsangkan saya dan isteri berpindah kembali ke kg halaman dari pulau pinang. Setiap hari saya akan berulang-alik dari Alor Setar – Kulim Hi Tech dimana saya berkerja Shif 7 AM – 7PM @ 7PM – 7AM.

Jika kerja shif pagi, saya akan bangun seawall jam 4 AM untuk bersiap dan akan bertolak sebelum jam 5 AM. Mungkin rakan-rakan former sekelian tertanya- tanya kenapa saya bertolak terlalu awal bukan? Ianya kerana perjalanan yang agak jauh dan saya lebih suka keluar lebih awal agar tidak terlalu tergesa-gesa memandu. Selalunya saya akan menggunakan Highway PLUS Alor Setar – Bertam dan akan melalui Tasik Gelugor- Lunas-Kulim Hitech. Saya akan tiba di bertam pada kebiasaan jam 6 AM seiring dengan laungan azan Subuh.

Kisahnya bermula begini, pada hari kejadian, saya seperti kebiasaanya bangun seawal pukul 4 AM.Bersiap , panaskan enjin kereta serta isteri membekalkan air panas untuk perjalanan saya ke tempat kerja agar dapat menemani saya didalam perjalanan disamping dapat membantu menyegarkan mata yang masih rindukan tidur yang lelap. Saya memasuki lebuhraya utara selatan menghala ke susur keluar Bertam. Sesampai di Gurun  hujan mulai turun renyai, saya masih utuh memandu ditemani teh o panas disulami dengan hembusan asap rokok. Saya masih membuka tingkap agar udara nyaman di pagi hari dapat menyegarkan saya.

Takkala melepasi RnR Gurun, saya mendengar bunyi seperti ada seseorang di bahagian belakang penumpang. Tersentak dari itu, saya membuka radio dengan alunan ayat suci Al-Quran. Bertam masih jauh untuk saya sampai ke destinasi, saya cuba bertahan dengan menganggap ianya hanya sekadar mainan perasan. “Arrrrrrghhh……’ suara seorang perempuan jelas kedengaran di bahagian penumpang.”Astaga…’bisik saya didalam hati, tiada apa yang mampu saya lakukan selain daripada hanya mampu menoleh ke side mirror untuk melihat jikalau ada sesiapa dibelakang. Dengan sedikit keberanian dan Tawakal kepada Yang Maha Esa, saya menjeling ke side mirror.

Kelihatan Susuk tubuh seorang perempuan dengan mengendong sesuatu yang tidak jelas kelihatan.’Astafirullahhala’zzim’ hanya itu yang mampu keluar dari mulut seorang hamba Allah SWT yang serba naif ini. Selepas sahaja saya melihat perempuan itu, jelas kedengaran suara tangisan yang mendayu membuatkan saya lebih seram dan gelisah. Saya cuba untuk memberanikan diri.


Saya meneruskan perjalanan dengan kelibat perempuan dan suara tangian masih kedengaran. Kelajuan ditambah kerana sebagai insan yang naif dan masih kurang ilmu dunia dan akhirat saya masih gagal untuk menyembunyikan rasa takut yang menyelubungi diri saya. Takkala saya melalui Sungai Petani Selatan tiada lagi suara tangisan tapi diganti dengan gelak tawa halus yang menyeramkan dengan kelibat perempuan itu masih jelas kelihatan. Saya memperlahankan permanduan kerana saya sudah hampir hilang keberanian dan fokus memandu. Alunan ayat suci masih belum mampu menghalau kelibat itu untuk keluar dari kereta saya. Dalam sepuluh minit kemudian saya tib di Tol Bertam, ketika itu baru kelibat itu hilang dari pandangan. ‘Alhamdulillah’ hanya itu yang mampu keluar dari bibir saya. Saya memberhentikan kenderaan untuk seketika ,Subuh masih belum masuk ketika itu kerana cara permanduan yang melebihi had seketika tadi.

Selepas 5 minit berhenti , saya kembali meneruskan perjalanan.Jam menunjukan pukul 5AM. Waktu Subuh sekitar 5:40AM pada ketika itu. Saya menoleh kebelakang dan dengan senang hati tiada lagi kelibat tadi. Saya meneruskan perjalanan menuju ke Tasik Gelugor, kepada sesiapa yang pernah melalui jalan ini, selepas Stesen Minyak Buraq Oil saya harus melalui jalan terus di temani kelapa sawit di kiri dan kanan sebelum sampai di simpang 3 Tasik Gelugur. Selepas Buraq Oil saya menelefon isteri saya dengan keadaan jalan yang cukup lenggang hanya saya di jalanraya.


Diantara perbualan diantara saya dan isteri:
Saya:  ‘As salam Ayang’..
Isteri: “Wasalam abang, dah sampai mana nih?
Saya: Abang dah menuju ke Tasik Gelugor nih..
Isteri: Abang memandu ke?
Saya: “Ya, tengah memandu ni tapi abang guna hand free, kenapa ayang?
Isteri: Siapa yang tengah bercakap tu? Macam suara perempuan jer?
Saya: ‘Huh? Perempuan mana pulak ayang nih, buat abang suspen ja..abg sorang la nak ada sapa plak? Abang xdengar apa pun , radio pun tak buka.
Isteri: ‘Ada lah abang, kejap-kejap menangis, kejap-kejap ketawa, kejap-kejap bercakap. Abang cari tempat yang cerah sikit kalau boleh berhenti kat masjid mana-mana yang berdekatan.
Saya: ‘Hmmm tak apalah sayang, nanti abang sampai abang call balik.

Saya tetap meneruskan perjalanan sehingga simpang 3 Tasik Gelugor dan berhenti berdekatan Balai Polis selepas simpang tersebut. 5 minit kemudian ada seorang anggota Polis menghampiri saya dan bertanya hala tuju saya dan kenapa kelihatan gelisah. Saya memberitahu yang saya dalam perjalanan ke Kulim Hitech dan berhenti seketika untuk menghilangkan mengantuk. Tapi saya tak dapat menyembunyikan wajah gelisah dan takut saya. Anggota Polis itu terus bertanya kepada saya jika saya ada apa-apa masalah. Akhirnya saya menceritakan kejadian yang saya alami sebentar tadi.

Anggota tersebut menasihatkan saya agar berehat seketika dan memperbanyakan membaca ayat-ayat suci Al-Quran kerana mungkin makhluk itu masih mengekori saya. Katanya tawakal lah kepada Allah SWT dang tingkatkan keyakinan kepadaNya , In shaa Allah makhluk itu akan hilang dan pergi begitu sahaja kerana ia hanya dating untuk menakutkan anak Adam sahaja. Slepas azan Subuh baru saya mempunyi kekuatan untuk meneruskan perjalanan ke tempat kerja dan Alhamdulillah saya selamat sampai.


Ini hanyalah salah satu dari pengalaman saya selama 5 tahun bekerja dan menggunakan jalan tersebut, sehingga sekarang saya masih mengingati setiap peristiwa yang saya lalui. Jika ada kelapangan akan saya kongsikan bersama forumer sekelian. In shaa Allah. Maaf saya ucapkan jika penceritaan yang kurang memberangsangkan serta tidak mendatangkan seram kepada pihak tuan/puan , niat saya hanyalah sekadar untuk berkongsi sahaja.Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 04:40 PM | Show all posts
Mintak maaf, ni saya postkan sekali lagi dengan perenggan yang lebih baik In shaa allah...maaf sebab saya tak terlalu pandai dalam mengarang...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 12:03 PM | Show all posts
Best la cerita nih...ada lagi tak?
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 12:05 PM | Show all posts
kenape xde orang bace kat sini ke? cam dah lama nih...tp klu ada org dok citer ok gak bleh layan....lama dh SR nih...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 12:09 PM | Show all posts
lagi best kalau Kagiru buat benang sendiri..tread ni mcm dh lama....org pun dah lupa
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 03:19 PM | Show all posts
kes baru jadi freshh gila.....kena minggu sudah.
attend wedding kawan kat Kuantan, bertolak balik jugak on the same day sebab jerebu teruk, anak tak sihat,
so tak comfortable nak layover di mana mana hotel, sampai TC pun jerubu teruk.

So cik abang decide balik. masuk hiway gambang...keadaan jerebu bayangkan lah, guna high beam...dalam kul 7:40 maghrib...kereta boleh tahan banyak, tapi satu biji porsche ni kaler putih plate penang...Pxxx (tak ingat) dok potong kami berkali kali, masa dia overtake slow lepas tu dia pecut gila gila, again and again rasanya 4 kali...immediately teringat Volkswagen kuning  terowong menora....apa lagi, husbang azan pelan pelan, anak anak semua terlena dah di belakang, radio plak reception teruk, IKIM.fm pun tak dapat....

alhamdulillah tak jumpa dah lepas kali yg ke berapa dia potong tu...
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 04:15 PM GMT+8 , Processed in 3.140674 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list