CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8935|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tikam ibu dengan gunting, pengawal keselamatan direman tujuh hari

[Copy link]
Post time 16-6-2024 11:27 AM | Show all posts |Read mode
Tikam ibu dengan gunting, pengawal keselamatan direman tujuh hari


Zuhainy Zulkiffliam@hmetro.com.my




Wanita warga emas maut dipercayai ditikam anaknya yang mempunyai masalah mental di sebuah pangsapuri di Relau, di sini. FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI





Balik Pulau: Pengawal keselamatan direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes menikam ibunya dengan gunting sehingga wanita itu maut di Relau di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, polis mendapat kebenaran Mahkamah Majistret di sini, untuk menahan reman suspek berusia 40 tahun itu mulai hari ini.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semalam, Harian Metro melaporkan seorang wanita berusia 67 tahun maut dipercayai ditikam dengan gunting oleh anaknya yang mempunyai masalah mental.

Suspek juga dikatakan menghubungi abangnya kira-kira 5 petang, bagi memaklumkan mengenai kejadian itu.

Suspek yang juga anak bongsu kemudian diberkas di unit kediaman pangsapuri berkenaan.



Disiarkan pada: Jun 16, 2024 @ 11:12am






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.060955 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list