CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13841|Reply: 0

[Pulau Pinang] Yayasan Amal TYT Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang agih 251 lembu korban

[Copy link]
Post time 16-6-2024 08:49 PM | Show all posts |Read mode
Yayasan Amal TYT Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang agih 251 lembu korban


Nur Izzati Mohamad - Jun 16, 2024 @ 5:49pm bhnews@bh.com.my




FOTO hiasan. - BERNAMA/FAIL





BUTTERWORTH: Yayasan Amal Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang mengagihkan 251 lembu kepada setiap masjid dan surau di negeri ini untuk ibadah korban.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Rozali Mohamud, berkata pengagihan di bawah Program Korban Perdana yayasan itu melibatkan 212 masjid dan 25 surau, setiap satu menerima sekurang-kurangnya seekor lembu untuk dikorbankan.

"Ibadah korban ini kali kedua dilaksanakan pihak yayasan dan ia menunjukkan peningkatan 2.52 kali ganda berbanding tahun lalu. Pada 2023, lembu yang diagihkan hanya 100 ekor.

"Pihak yayasan gembira melihat program terbabit berjaya mengukuhkan ikatan silaturahim di antara Yang Dipertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dengan pihak yang menyumbang dan penerima daging korban terdiri golongan B40," katanya.

Rozali berkata, pihaknya menjangkakan seramai 13,500 penerima akan mendapat sekurang-kurangnya dua kilogram (kg) daging setiap seorang hasil program itu.

"Terdahulu kita telah berjaya mendapatkan penyumbang, pihak yang ingin melakukan korban, membuat pembelian lembu serta melaksanakan penghantaran lembu ke masjid serta surau.

"Secara tidak langsung peningkatan penyertaan dari penyumbang mencerminkan keyakinan kepada pengurusan ibadah korban dilaksanakan yayasan ini. Yayasan berharap tahun akan datang, lebih ramai tampil untuk bekerjasama melaksanakan ibadah korban," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.097443 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list