Baginda bertitah demikian ketika berkenan mengadap lawatan ke Pusat Kesihatan Al-Bayt (AMC) di Menara Jam Wakaf Khadimul Haramain di Makkah baru-baru ini.
Keberangkatan baginda disambut Ketua Pegawai Eksekutif Medex Healthcare Services Limited (MEDEX), Dr Abdullah Zaher; Pengarah Perubatan MEDEX, Dr Khaled Hamu dan warga AMC.
Mengiringi baginda, Pengarah Urusan Kumpulan Al-Khairi Berhad, Datuk Seri Mohd Khairi Mat Jahya dan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Baginda meluangkan masa kira-kira setengah jam melawat dan mendengar taklimat berkaitan inisiatif perlindungan takaful antara Al Khairi Insurance Limited (AKIL), MEDEX serta AMC yang berpangkalan di Jeddah, Arab Saudi.
AKIL dan AMC telah menjalinkan kerjasama dalam memberikan perlindungan sepanjang tempoh perjalanan dan keberadaan jemaah Malaysia yang berada di Tanah Suci.
Selain menjamin aspek penjagaan kesihatan, inisiatif berkenaan juga dapat menjimatkan perbelanjaan pengurusan jemaah yang dikendalikan.