CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5229|Reply: 0

[Pulau Pinang] PRK Sungai Bakap: BN terus usaha dekati pengundi atas pagar

[Copy link]
Post time 25-6-2024 12:39 PM | Show all posts |Read mode
PRK Sungai Bakap: BN terus usaha dekati pengundi atas pagar

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

25 Jun 2024 12:16pm








Zambry ketika ditemui pemberita selepas Majlis Dialog Menteri Pendidikan Tinggi Bersama Industri Elektrik dan Elektronik di sini, pada Selasa.




BAYAN BARU - Jentera Barisan Nasional (BN) sedang bekerja keras bagi memastikan pengundi memberi undi mereka kepada calon Pakatan Harapan (PH), Dr Joohari Ariffin dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap nanti.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, antara usaha yang dilakukan adalah turun padang untuk mendekati pengundi atas pagar.



Menurutnya, BN mempunyai strategi sangat baik dan dibantu oleh semua parti komponennya bagi memastikan kemenangan berpihak kepada calon PH.

"Biasalah dalam kempen ini, kita kena buat kerja, turun padang. Kalau pengundi di atas pagar, kita kena pergi merayu. Itu pendekatan-pendekatan yang sedang kita buat.

"Seperti yang kita ketahui, BN mempunyai strategi pendekatan yang terbaik. Kita turun ke bawah kerana itu peranan kita untuk mendekati rakyat.

"Paling mustahak, mendekati pengundi bagi menjelaskan isu-isu yang ada. Mungkin dengan itu, dengan sendirinya isu-isu yang pengundi tertanya-tanya, dapat diperjelaskan," katanya di Majlis Dialog Menteri Pendidikan Tinggi Bersama Industri Elektrik dan Elektronik di sini, pada Selasa.

Mengenai momentum kempen, Zambry yang juga Pengarah Pilihan Raya BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap berkata, hubungan antara parti amat penting untuk memastikan kerja kempen yang dilaksanakan berjalan dengan baik.

Menurut beliau, selain itu, hubungan dalaman BN sendiri juga berada dalam keadaan baik apabila semua parti komponen menyatakan komitmen mereka dalam siri kempen pada PRK kali ini.




"Dari segi hubungan antara parti itu sangat mustahak selain hubungan dalaman yang mana, ia akan menentukan dari gerak kerja di peringkat politik dan berkempen. Ia mesti berteraskan pada tahap perpaduan, kerjasama yang ada.

"Alhamdulillah semangat yang ditunjukkan antara PH dan BN begitu baik. Kedua, hubungan dalaman BN sendiri juga merupakan yang terbaik. Kali ini kita tak dengar ada daripada parti komponen yang tidak mahu bekerja dan sebagainya.

"Semua mengatakan dengan sejelasnya bahawa mereka akan bekerja membantu calon daripada Kerajaan Perpaduan bagi memastikan kemenangan berpihak kepada kita. Daripada segi persiapan jentera pun, saya lihat dalam konteks BN, persiapan dan kesiapsiagaan kita begitu baik," katanya.

Sebelum ini, PH mempertaruhkan Joohari yang juga bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Utara daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai calon dalam PRK Sungai Bakap.

Kerusi DUN Sungai Bakap menyaksikan pertandingan dua penjuru, antara Joohari dengan calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail daripada Pas.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:31 PM GMT+8 , Processed in 0.282869 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list